Thursday, October 8, 2009

hati berkecamuk, jiwa kacau

hati mau kuat,kena ada asas yang kuat baru boleh bawa kapal belah laut tanpa ada rasa takut2.
landasan sudah ada,sudah tahu hala tuju mahu pegi tapi lupa mahu ikut serta. apa cerita?

sudah lama di landasan ini tapi tidak tahu lagi. apa yang mahu?

*diam*

kadang2 aku rasa tidak keruan atas segala persoalan yang timbul.
makin aku fikirkannya makin kusut berserabut kepala otak aku ini.
cuba leraikan simpulan cuma tidak tahu puncanya.

arghh!nak leraikan macam mana?celaka!punca dia pun aku tak tahu.
mata ngadap laptop, mahu buat kerja2 tapi otak, badan, anggota semua tidak ada pada kerja.

harus ada stand yang kuat untuk berdiri teguh. tidak goyang, tidak cabut dengan apa pendirian aku ini. bila kapal mula bergerak bila perahu mula ke depan tidak akan bisa untuk undur. landasan yang di cipta harus tahu dimana hala tuju supaya tidak nyesal kemudian hari.
biar angin halilintar tidak cabut akar yang kuat.

umpama simpang ditengah jalan atas landasan yang di perjuangkan. mana satu harus kau pilh?
pejam mata erat2.renung sambil merenung jauh dalam sudut hati. hati berkata-kata atas izinNYA.

aku kelam detik ini

*mengeluh tarik nafas panjang2*

1 comment:

cadphobia said...

kalau jiwa kacau...nanti kacau jiwa