Thursday, December 31, 2009

ape2 jer..




demam retro ala2 old skool. saja je aku ubah selera. dh boring gambar2 yang biasa. sekarang ini, aku cuba selera baru. manalah tahu, kot2 orang suka. penangan UI dan MU ada juga.hehehe! aku masih belajar dan terus belajar untuk cari skills baru dan aku rasakan dunia photo ini universal. kadang2 aku rasa diri ini kerdil, kecil seperti semut merah dan kau umpama gajah yang panjang belalainya. tapi aku tidak segan dan malu untuk kita sama2 berkongsi ilmu dan aku inginkan ilmu juga. mungkin mulai tahun depan (macam lama jer), aku nak buat 1 album ala2 photo macam ni. agak2 pengantin suka x?hehehe!

Wednesday, December 30, 2009

Candid Foto Contest

contest blog link : http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/candid-photo-contest.html




pertama kali aku masuk pertandingan ni. sekadar rakamkan moment antara anak dan ibu

Sunday, December 27, 2009

Yana & Jamil. Seberang Perak, 26 Dis 2009








Tahniah aku ucapkan pada Yana & Jamil atas majlis kesyukuran perkahwinan mereka ini. nak jadikan cerita, yana ni adik pada member 1 sekolah aku. zamani aka balrog. punyalah lama dah tak jumpa kawan aku sorang ni. bila dah jumpa, dah ada 2 orang anak. huhu! yana juga ex-ikm. student electrical. aku pun taktau juga sebab aku di kursus lain. terserempak dengan office mate aku, akmalia. yana ni student akmalia. tahniah sekali lagi.

Sunday, December 20, 2009

Man U kena LAUK!


(muka tak pueh hati bila kalah, muka merah beb bila tinggal 10minit terakhir, macam b**i dah)

semalam tak sia2 aku berjaga sampai 4.00 pagi. nak tahu apa dia?

pertama:

aku saksikan kekalahan Man U. team yang memang aku tak suka dari kecil lagi.(maaf ye, peminat2 aka die hard fan Man U). itu realitinya. EPL ni aku didedahkan masa aku kecik lagi.

aku terikut2 budaya beli majalah SHOOT dek along aku. aku pun taktau macam mana along aku ni fanatik gila pasal EPL ni. jika dulu, aku pun tak tahu currency duit tanah jawi ini dengan penjajah mat salleh berambut perang masa along aku beli majalah2 ini tapi memang penuh bawah katil. sayangnya, masa aku tidak hargai majalah2 itu, ibu aku telah buang ke semuanya. sampai hari ini, kalau tersimpan lagi majalah2 itu, mungkin dah boleh jadi muzium. seingat aku, aku duk belek2 majalah itu hanya tetapi gambar2 bruce grobbelaar, beckham masa itu jambu gilerr,haha!kenny danglish dan lain2.

kedua:

arsenal menang bergaya 3-0 dengan hull city. ketika mula2 aku baca shoot, aku suka pada liverpool tapi entah kenapa bila dah meningkat remaja bertukar dari seluar biru tua kepada hijau tua, aku suka pada arsenal.hahaha! tapi takper, liverpool tetap aku sokong sebagai 2nd team aku. arsenal malam tadi main macam hampeh juga sebab al maklumlah, pure striker tarak ada. harapkan eduardo (nasib baik dia score semalam). bak kata kawan aku saudara roslan, baloq ayam (perkataan bodoh, dungu).

entri ini aku ingin bertanya, kenapa ye sir alex furgeson masukkan player2 yang bukan 1st team dia? memanglah, alex furgeson ini buat sistem giliran pada player2 dia. yelah, team yang ramai player yang boleh diharap. tapi semalam, carrick dan fletcher boleh pulak main defend. dah jadi caca merba. dia ingat boleh belasah team2 ceroi macam fulham, sebab tu dia buat percaturan macam tu tapi ternyata, malam tadi memang kena belasah. hahaha! pe boleh buat, bila team2 yang kalah, tiada pun satu SMS aku terima lewat malam tapi bila team aku kalah macam dengan chelsea tempoh hari, 3 orang SMS aku. punyalah ramai bertalu2 tengah malam tu.

arini, aku sempat perli kawan2 aku yang memang SMS aku malam kekalahan arsenal dengan chelsea. pe lagi, aku pun tanya. "aik, senyap jer? time arsenal kalah, hang bukan main massage aku, bertalu2. tapi bila hang kalah, senyap jer. kawan aku sorang ini, penyokong tegar liverpool.

bila aku tulis entri ini, hati aku ketawa dan senyum bila kenang teman2 yang suka bola ini termasuk lah diri aku ini. semua itu, buat kita rasa seronok, tertawa bila berjumpa. hehehe!

best sangat.

Sunday, December 13, 2009

@rissa at white studio










aku cuba untuk snap foto ala2 white studio cuma peralatan aku tidak cukup lagi. sekadar mencuba dengan barang2 apa yang ada. mungkin 1 hari nanti, white studio aku jadi realiti. hehe! tapi sekarang ni, aku sekadar BALUN SAJA! arissa dah pandai posing. dah pandai tengok kamera aku. insyaAllah, karya yang seterusnya akan terhasil. aku tidak jemu untuk belajar memantopkan skills aku. aku masih belajar dan terus belajar

Saturday, December 12, 2009

Kepuasan Terbit

perkara yang mungkin buat kita rasa puas dan bangga apabila bertemu anak didik yang boleh aku ertikan adik2 aku. hari terakhir mereka di dunia ikm ni buat aku bangga atas apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dan apa yang aku tahu. semuanya atas pakal pada hati kita. mereka masih ingat perihal aku ketika aku marah akan mereka. yang aku tahu, apa yang keluar dan terpancul dari mulut aku tidak lain tidak bukan hanya untuk diri aku yang manusia bersifat baru. tidak pernah lari dari melakukan kesilapan erti kekhilafan.kalanNYA hanya dipinjamkan sebentar pada aku. itulah yang menjadikan mereka ini manusia. cuma aku kadang2 lihat mereka ini kanak2 rebina perlu didik dengan cara yang betul. tidak perlu marah2 hanya perlu di buat lembut tetapi keras dalam hati.

aku masih ingat (ketika aku meletir bak ibubapa bak ibunda mereka mahupun ayahanda)

aku : awak semua takut tak pada saya?
mereka : tak cikgu! kami tak takut (hati tersentak ketika marah sudah reda)
: kami tak takut tapi kami hormat cikgu

terus, aku rasa itulah nikmat yang terbit biru jingga dalam hati ini pabila yang terkeluar dari bait kata mereka adalah yang ikhlas lahir dari jiwa yang luhur.

dari semalam, ramai yang ingin jumpa aku. macam biasa, istilah aku. GRADLUS. grad dan berambus dari IKM. kasar bahasanya, tapi tiap2 kali aku hembuskan perkataan ini pada mereka, mereka ketawa riang. faham akan perihal aku. rata2 dari mereka pada semester 1, semuanya tidak suka keadaan alam sekeliling dunia mereka pabila menjejaki bumi IKM ini. aku yakinkan mereka, akhir nanti kamu semua akan suka dan sedih tinggalkan dunia kamu duduki sepanjang 3 semester ini. ternyata, semalam mereka iyakan kata2 aku pada mereka pada awal2 semester.

*tarik nafas*

semalam juga hari2 terakhir adik2 aku sebelum mereka keluar ke dunia yang lebih pancaroba. kata2 aku pada mereka harus dijadikan pasak yang jitu agar tidak goyah di kala kita lihat awan ribut mahu menghembus.

"kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan yang dalam"
" jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
ayuh!kita akan tahu walau kail sejengkal mana2 laut sanggup kita duga dan jangan takut untuk membina rumah di tepi pantai, jangan gusar jangan takut akan ombak yang bakal melambung rumah kita. (nasihat pada diri aku juga kerana aku baru saja berjalan dan mengenal perjalanan yang telah di aturkan ini)

seronok aku bila lihat mereka berjumpa dengan aku. aku tidak mahu apa2 cuma aku seronok melihat mereka berjaya. itulah kepuasan seorang yang mengajar seperti orang2 lain di sana sebagai pengajar tidak kiralah sapa pun mereka tetap di gelar pendidik.

ada juga SMS yang hadir dalam telefon bimbit aku yang mereka mohon maaf atas kesalahan mereka pada aku semasa mereka ini di IKM. semua itu aku maafkan kerana kamu inginkan dan aku juga mohon maaf atas kesalahan aku terutama percakapan aku ketika hati ini di kuasai nafsu marah.

mereka faham akan aku.. mereka mengerti aku perangai aku..mereka malu apabila bila perlaku.

apa yang keluar dari mulut tidak lain tidak bukan untuk aku bawa untuk bekalan masa depan.
bukan untuk mencerna, bukan mahu untuk mengherdik
hanya ibarat menatang minyak penuh
perlu di buat dengan penuh tertib
akan kepuasan terbit dikala hasil menjelma
diri sendiri yang tahu
melihat hati muncul sinar
tidak boleh di ungkai
hanya tahu apabila ia rasa
kita tahu akan nikmatnya

semalam kau hadir dalam hidupnya
buat aku tersenyum seperti selalu

Friday, December 11, 2009

The Receptions Azreen & Razman/Batu 10 Lekir/4-6 Disember










Tahniah pada azreen aka adik dan razman aka acu atas majlis perkahwinan tempoh hari. pada kedua2 pengantin, aku mohon maaf atas apa jua sekiranya ada kesalahan mahupun yang terkurang sepanjang aku berkerja dengan kamu berdua. insyaAllah, album akan siap nanti. aku seronok berkerja dengan kamu berdua dan tidak lupa pada keluarga.

Monday, December 7, 2009

penangan sketch up





kenapa ya orang tidak mengerti akan ilmu yang bermanfaat? dalam kita hidup ini bermacam2 kita salurkan samada ianya ilmu mahupun apa jua material yang kita miliki dan seumpamanya. apa yang kita tinggal setelah roh meninggal kan jasad? pertama, amal jariah kita. kedua, anak yang soleh/solehah. ketiga, ilmu yang bermanfaat.
sketch up satu software di mana aku belajar melalui youtube saja dan hasilnya yang tidak seberapa tapi bagi aku berbaloi. aku sertakan dalam entry ini.

terima kasih kepada teman aku. bro wan atas kesudian beliau maklumkan pada aku kekosongan yang ada pada kursus yang selama 5 hari bermula pada hari ini hingga jumaat. terus aku telefon pegawai yang di berikan melalui SMS. terima kasih juga aku ucapkan kepada yang pegawai tersebut atas keprihatinan beliau memanjang permohonan aku ini.
bagi aku, ini satu peluang untuk aku mengacah bakat aku dalam dunia senibina iaitu satu seni yang aku perlu asah selain fotografi. selama 3 tahun aku bergelumang dalam senibina, hanya tidur 2 jam dalam 3 hari sehingga rabak biji mata ini macam orang penagih dadah, konsep rumahku studio ku, dah tidak lupa moto aku semasa belajar. KELAM.
sudah perkara biasa, bila ada saja protokol yang mungkin menyenangkan pada satu pihak tapi tidak adil bagi satu pihak lain. tidak fikirkan jangka panjang hanya sekadar tidak mahu menyusahkan kemudian hari. aku pelik sama orang. kenapa perlu ada birokrasi jika tidak ada siapa yang mahu tampil mengisi kekosongan. jika ada, syukur alhamdulillah, orang itu sudah sampai rezekinya untuk belajar tapi jika tidak ada satu pun makhluk ciptaan tuhan ini yang mahu, kenapa perlu ada hirakinya. rugi aku rasa, bayar kesemuanya dengan ada satu kekosongan. cittt! bukan duit aku pun. tapi jika benar itu yang terkeluar bait2, aku tidak mahu cakap apa2. hanya pembaca saja yang boleh menilainya.
mereka lihat kerja sekarang ini bukan kerja selama 4 tahun sebelumnya. tapi apa boleh aku buat, tidak mahu panjangkan perkara ini, aku pendekkan saja perbualan. aku ngerti dan faham akan matlamat utama kursus ini yang mana peserta2 akan salurkan ilmu yang bermanfaat ini pada anak2 yang dahagakan ilmu. kita sebagai pendidik harus mencorak keberkesanan di mana kita mahu macam mana.
insyaAllah, sampai rezeki aku, akan sampailah dan aku tidak malu untuk bertanya pada siapa2 akan ilmu yang cetek dalam diri aku untuk aku belajar perdalaminya.
seronok bila kita dapat kongsi ilmu yang tidak seberapa ini pada orang lain dan kita kagum akan kebolehan dan nikmatnya apabila kita lihat hasilnya melalui penglihatan mahupun kefahaman. apabilan kita berkongsi akan satu2 perkara secara tidak langsung ianya mempertajamkan ingatan kita dan mungkin kita dapat benda yang baru hasil perkongsian ini.
hari2 berlalu buat aku tersenyum bila kenangkan apa yang kita lalu, kita rasa marah, kita rasa gembira, kita rasa sayang, kita rasa suka. itu semua jalan2 yang harus kita tempuh buat kita dewasa dalam hari menimpa. bintang2 di langit bukan semuanya menyerlah, cantik pada pandangan kita. harus tahu tidak semuanya bercahaya.menerangi malam yang gelap gelita. terbit fajar, bintang pun hilang. bakal matahari menyinar dalam gelap hingga terang.

Monday, November 30, 2009

Putrajaya 24.11.2009








setelah aku selesai temuduga di Putrajaya pada pagi, aku,fiza dan arissa ke putrajaya semula. kali ini, aku cuba untuk merakamkan detik2 yang mungkin boleh jadikan kenangan pada aku kelak.

kini, arissa dah masuk 3 bulan. alhamdulillah dia sihat.dah semakin membesar. arissa dah pandai tengok kamera (masa baru lahir, terkejut tengok ayah dia pegang benda pe ntah, sesekali lampu denyar aka speedlight aku keluarkan cahaya, buat arissa terkejut.hari tu, dia dah boleh terima benda yang ayah dia pegang-dalam entry yang lalu ada aku nyatakan perihal arissa dengan kamera aku).

petang itu, waktu betul2 terhad. mana tidaknya, dari rumah akak aku dalam jam 6.00 petang. sampai di putrajaya, aku terus ke tempat yang aku dah survey petang semalam. banyak tempat nak pergi cuma waktu saja yang tidak cukup. insyaAllah, bila arissa dah besar skit, boleh lah aku jalani semula sesi penggambaraan fotografi aku ini. dalam masa yang sama, aku juga belajar dan terus belajar untuk mahirkan aku dalam dunia dan bidang yang aku minat serta suka ini

Wednesday, November 18, 2009

Ford Escort


mungkin anda ada nostalgia akan sesuatu benda?tidak kisah lah apa benda itu sekali pun, pabila anda lihat pasti akan teringat hal masa lalu. sekelumit di hati, anda akan rasa seronok terus akan mahu saja kembali ke zaman itu atau anda rasa sedih atau bengang mahupun sakit hati bila lihatnya akibat memori hitam masa lalu.
tetapi hakikat yang ingin aku nyatakan didalam entry ini adalah nostalgia aku masa kanak2 sekitar darjah 6.masih seronok buat sesuatu perkara. tidak takut hanya fikirkan mahu mencuba, mahu tahu apa yang ada dan macam2.
foto yang ada ini, buat aku terkenang akan kereta milik ayahanda. ford escort. cuma, kereta milik ayahanda, hanya berkapasiti 1300cc. kenapa aku mahu kereta ini setelah sekian lama lenyap di bumi permata akibat pada masa dulu tidak tahu ada nostalgianya? dalam inggeris, sentimental value..
idaman ini sudah lama aku impikan cuma tidak kesampaian kerana aku tidak ada kereta lagi. kini, aku berasa mahukan ford escort ini. ramai yang bersuara pada aku.
"buat apa kereta buruk?kereta europe ni payah nak cari spare part?
ya, memang benar, sekali patah side mirror mahupun pecah cerminnya, satu tanah jawi ini harus aku cari cuma sekarang ini zaman era teknologi. cuma klik saja dalam mudah.my. tapi jika nasib tidak baik, memang satu haram tiada spare part.
aku jadikan ford escort ni nanti, 2nd car aku. kembali pada nostalgia aku masa kanak2. ayahanda bawa ke mana-mana. tidak ada air cond, tidak ada apa2 cuma udara yang nyaman di hirup sekiranya cuaca nyaman dan akan terasa peluh menitis di dahi akibat panas yang terik. semua itu aku boleh nyatakan dalam entry ini cuma tidak dapat aku beritahu semuanya.

Monday, November 16, 2009

Candid




aku cuba untuk mantapkan skills aku dengan tembak orang secara candid. banyak yang perlu aku pertajamkan skills aku untuk kepuasan diri ini. bila nak tambah aksesori kamera, rasa tak mampu lagi aku dan aku bukannya pro sangat. perlahan-lahan aku kayuh dalam bidang ini. insyaAllah, sampai rezki, aku akan tambah aksesori kamera aku.

Thursday, November 12, 2009

Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendung Berciciran

usaha betul2 baru puashati. itulah paksi hati bila mahu lakukan sesuatu
alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya dan ada hijab disebalik apa yang datang
kini perlu fikirkan apa hala tuju sekiranya dapat sesuatu

baik di sebelah ini mahupun di sebelah sana ada baik dan buruknya
tetap ada kekurangannya..tetap ada kelebihannya
cuma perlu percaturan agar tidak terbabas kelak

apa yang impikan ada didepan mata.harus persiapkan diri.bikin betul-betul
agar tidak sia-sia peluang yang datang depan mata.

tapi..
kena tahu keputusan yang ada baru tahu bila dah ketemu
di sini, sudah lama. rasa manis, masam,masin semuanya ada
bila mahu tinggal rasa sayang. rasa sedih..
jika kekal disini, aku tidak tahu sampai bila
sampai bila harus aku harapkan yang mungkin tiada harapan
mungkin ada harapan tapi aku tidak pasti
hanya pandai bercakap dan berjanji

aku fikir..

jika aku kesana, cerah untuk aku gapai cita2 aku.
dulu kala tidak mampu untuk gapainya..
hanya sekadar tawaran yang ada

jika aku kesana, aku jadi KELAM
perkataan tertanam semasa kuliah dulu
itu cita2 aku..
hanya bermula jalan.tidak mampu untuk jadi KELAM
sekadar lihat mungkin akan datang.

ibarat aku hanya ada KEL saja
hanya perlu sambung saja..AM.

disini, mungkin aku dapat
tapi tidak tahu bila dan disana juga tidak tahu

aku lihat dulu percaturan yang perlu
supaya aku tahu mana yang datang dulu
aku gapai yang baik bagi aku
supaya aku dapat apa yang aku mahu

DIPLOMA = successfull
DEGREE=terkandas belum mula dah melantus!

KELAM
KEarah Lambaian Arkitek Muda

mungkin yang Muda itu akan jadi Tua..
aku tak kisah asal aku dapat.hahaha!

Thursday, October 29, 2009

Engagement:Suliza&Irwan 18/10/10







Tahniah buat suliza aka aja dan irwan atas pertunangan mereka. bro azzahari pun dah ikut sama aku. belajar apa2 yang patut walaupun aku pun masih belajar lagi.cuba ilhamkan post dan angle yang baru. nampak jer nyumbang tapi sumbang.tulah aku..alan!
buat aja sekeluarga,aku mohon maaf jikalau ada yang kurang dan salah sepanjang khidmat aku menembak warga2 pada hari itu.tak mati2 aku tembak mereka.huhu!insyaAllah,minggu depan aku cuci gambar2 yang dah pilih. sini, aku letakkan sikit foto2 yang di adaptasi oleh aku dan azzahari.terima kasih pada azzahari juga dengan idea2 yang bernas sepanjang majlis tempoh hari

Monday, October 19, 2009

kenangan dolu-dolu

tempoh hari, aku duk belek2 laptop aku terutamanya softcopy. foto aku masa bujang2 lagi.hahaha!
pada teman2 selaku pembaca tenggar dalam blog aku, aku harus rekemen pada kamu semua mengenai satu menu yang paling lazat sekali.NASI KETAM. memang lazat. aku dah rekemen pada azzahari (pelitaminyaktanah) dan ayu.dua2 teman sekerja aku.berbaloi2 (bak kata rizalman dalam iklan celcom).

aku jika ke sana, sememangnya akan up nasi tambah 1 lagi.kadang2 berkongsi dengan awex aku dan sekarang ni dah jadi isteri aku.hahaha!

lokasinya . JURU,PENANG.