Monday, November 30, 2009

Putrajaya 24.11.2009








setelah aku selesai temuduga di Putrajaya pada pagi, aku,fiza dan arissa ke putrajaya semula. kali ini, aku cuba untuk merakamkan detik2 yang mungkin boleh jadikan kenangan pada aku kelak.

kini, arissa dah masuk 3 bulan. alhamdulillah dia sihat.dah semakin membesar. arissa dah pandai tengok kamera (masa baru lahir, terkejut tengok ayah dia pegang benda pe ntah, sesekali lampu denyar aka speedlight aku keluarkan cahaya, buat arissa terkejut.hari tu, dia dah boleh terima benda yang ayah dia pegang-dalam entry yang lalu ada aku nyatakan perihal arissa dengan kamera aku).

petang itu, waktu betul2 terhad. mana tidaknya, dari rumah akak aku dalam jam 6.00 petang. sampai di putrajaya, aku terus ke tempat yang aku dah survey petang semalam. banyak tempat nak pergi cuma waktu saja yang tidak cukup. insyaAllah, bila arissa dah besar skit, boleh lah aku jalani semula sesi penggambaraan fotografi aku ini. dalam masa yang sama, aku juga belajar dan terus belajar untuk mahirkan aku dalam dunia dan bidang yang aku minat serta suka ini

Wednesday, November 18, 2009

Ford Escort


mungkin anda ada nostalgia akan sesuatu benda?tidak kisah lah apa benda itu sekali pun, pabila anda lihat pasti akan teringat hal masa lalu. sekelumit di hati, anda akan rasa seronok terus akan mahu saja kembali ke zaman itu atau anda rasa sedih atau bengang mahupun sakit hati bila lihatnya akibat memori hitam masa lalu.
tetapi hakikat yang ingin aku nyatakan didalam entry ini adalah nostalgia aku masa kanak2 sekitar darjah 6.masih seronok buat sesuatu perkara. tidak takut hanya fikirkan mahu mencuba, mahu tahu apa yang ada dan macam2.
foto yang ada ini, buat aku terkenang akan kereta milik ayahanda. ford escort. cuma, kereta milik ayahanda, hanya berkapasiti 1300cc. kenapa aku mahu kereta ini setelah sekian lama lenyap di bumi permata akibat pada masa dulu tidak tahu ada nostalgianya? dalam inggeris, sentimental value..
idaman ini sudah lama aku impikan cuma tidak kesampaian kerana aku tidak ada kereta lagi. kini, aku berasa mahukan ford escort ini. ramai yang bersuara pada aku.
"buat apa kereta buruk?kereta europe ni payah nak cari spare part?
ya, memang benar, sekali patah side mirror mahupun pecah cerminnya, satu tanah jawi ini harus aku cari cuma sekarang ini zaman era teknologi. cuma klik saja dalam mudah.my. tapi jika nasib tidak baik, memang satu haram tiada spare part.
aku jadikan ford escort ni nanti, 2nd car aku. kembali pada nostalgia aku masa kanak2. ayahanda bawa ke mana-mana. tidak ada air cond, tidak ada apa2 cuma udara yang nyaman di hirup sekiranya cuaca nyaman dan akan terasa peluh menitis di dahi akibat panas yang terik. semua itu aku boleh nyatakan dalam entry ini cuma tidak dapat aku beritahu semuanya.

Monday, November 16, 2009

Candid




aku cuba untuk mantapkan skills aku dengan tembak orang secara candid. banyak yang perlu aku pertajamkan skills aku untuk kepuasan diri ini. bila nak tambah aksesori kamera, rasa tak mampu lagi aku dan aku bukannya pro sangat. perlahan-lahan aku kayuh dalam bidang ini. insyaAllah, sampai rezki, aku akan tambah aksesori kamera aku.

Thursday, November 12, 2009

Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendung Berciciran

usaha betul2 baru puashati. itulah paksi hati bila mahu lakukan sesuatu
alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya dan ada hijab disebalik apa yang datang
kini perlu fikirkan apa hala tuju sekiranya dapat sesuatu

baik di sebelah ini mahupun di sebelah sana ada baik dan buruknya
tetap ada kekurangannya..tetap ada kelebihannya
cuma perlu percaturan agar tidak terbabas kelak

apa yang impikan ada didepan mata.harus persiapkan diri.bikin betul-betul
agar tidak sia-sia peluang yang datang depan mata.

tapi..
kena tahu keputusan yang ada baru tahu bila dah ketemu
di sini, sudah lama. rasa manis, masam,masin semuanya ada
bila mahu tinggal rasa sayang. rasa sedih..
jika kekal disini, aku tidak tahu sampai bila
sampai bila harus aku harapkan yang mungkin tiada harapan
mungkin ada harapan tapi aku tidak pasti
hanya pandai bercakap dan berjanji

aku fikir..

jika aku kesana, cerah untuk aku gapai cita2 aku.
dulu kala tidak mampu untuk gapainya..
hanya sekadar tawaran yang ada

jika aku kesana, aku jadi KELAM
perkataan tertanam semasa kuliah dulu
itu cita2 aku..
hanya bermula jalan.tidak mampu untuk jadi KELAM
sekadar lihat mungkin akan datang.

ibarat aku hanya ada KEL saja
hanya perlu sambung saja..AM.

disini, mungkin aku dapat
tapi tidak tahu bila dan disana juga tidak tahu

aku lihat dulu percaturan yang perlu
supaya aku tahu mana yang datang dulu
aku gapai yang baik bagi aku
supaya aku dapat apa yang aku mahu

DIPLOMA = successfull
DEGREE=terkandas belum mula dah melantus!

KELAM
KEarah Lambaian Arkitek Muda

mungkin yang Muda itu akan jadi Tua..
aku tak kisah asal aku dapat.hahaha!