Wednesday, January 28, 2009

reunion srk sri kinta batch 92'

malam minggu ari tu,kita orang buat reunion kat area ipoh gak.so nak kembalikan nostalgia 16tahun,kenalah buat kt ipoh.pada awal planning,nak buat kat padang polo,then kat kantin sekolah dan macam2 lagik tapi last2 kat restoran pakeeza.tahniah aku ucapkan pada ida(dilantik jadi president reunion batch 92') kerana berjaya kumpulkan semua kita orang ni.fuh!best betul sebab jmpa balik kwn2 setelah 16tahun tak jumpe.kalau restoran tu tak tutup pukul 1030pm mau sampai 1,2am lepak lagi.kaum perempuan pun sama juga.lepak lagi kt bawah setelah abis event yg bermula pukul 8pm.seronok tu aku tak boleh nk bayangkan tengok kawan2 yang betul 16tahun tak jumpa xpecially shafit&azman(classmate aku 1 kepala masa 6M dulu).overall,muka semua tak lah banyak berubah sampai 5,6 inci ubahnya.hehehe!insyaAllah,tahun depan kita
buat lagi..





video

Thursday, January 22, 2009

wedding picture!!

lupa pulak aku nak upload gambar wedding aku.alhamdu lillah,semuanya telah selesai.aku kenduri pada 29 nov 2008(rumah wife aku) & 30 nov 2008 (rumah aku).yang shoot untuk wedding aku ni,kawan aku,zul dari ipoh.masa kita orang shoot outdoor,fadhil datang juga lepas selesai job dia di bagan serai.semua gambar ni aku ambik dari fotopages dia orang.





Monday, January 19, 2009

rumah baru aku...

SYUKUR,akhirnya tuhan aturkan yang baik pada aku setakat arini.aku telah dapatkan rumah baru walaupun sewa je.rumah ni,dekat juga dengan rumah lama aku(tinggal dengan azzahari&jo).nak ke IKM pun dekat juga.bila masuk rumah ni,macam2 kena beli.semua kena beli.dari perabot,barang2 elektrik(sebahagian dah ada sebab hadiah perkahwinan) sampailah benda yang kecik2 macam bekas nak letak gula dll.tanggungjawab kita bila dah kahwin besar.maka kena laksanakan betul2.kalau tak tanggung kat 'sini' kena jawab di 'sana'.hahaha!wife aku pun pelahan2 cari keje kat area sini atau di mana2 muka bumi Allah ni.aku percaya,rezki tuhan ni banyak di muka bumi DIA ni,kadang2 DIA akan bagi cepat(diselitkan juga dengan ujian juga),kadang2 DIA bagi lambat tapi tetap DIA bagi pada kita dan last skali DIA tak bagi langsung kat dunia ni tapi DIA bagi masa akhirat.harap2 wife aku dapatlah keje secepat mungkin.pe2 pun,yang penting kita usaha dulu then terpulang pada DIA nak bagi pe.sesungguhnya DIA maha penyayang lagi maha mengasihi.so dalam umah baru aku ni,sekadar selesa dah lah.tak boleh nak mewah2.sekadar ala kadar jadilah.yang penting,selesa untuk kami berdua.lagi pun,ni pun pakai budget kahwin (setelah penat,susah simpan duit 3tahun lebih).ALHAMDU LILLAH...





Thursday, January 15, 2009

kenangan di Bandung..

hari tu,aku belek2 file dalam laptop aku ni.so terjumpa juga movie yang aku hasilkan semasa duk d bandung pada tahun 2006.MARA anta ke sana selama 6minggu.banyak pengalaman dan pengajaran selain daripada ilmu yang aku dapat semasa tinggal di sana.bila ada di sana,aku panjatkan syukur byk2 pd DIA yg maha besar sbb aku lahir2 je dh tinggal di tanah jawi ni. cuba korang bayangkan,budak2 yang ada di sana,lahir2 je dah takde rumah.jika di malaysia ni.kita tengok adalah dalam 2 orang yang tinggal d tepi jalan,kat sana xpecially yang duk area bawah jejambat,punyalah ramai.siap ada keluarga lagi.aku berkesempatan juga berjalan ke Cirebon.ambil masa 4jam 30min naiki bus express.jalan dia lagi teruk jalan nak ke cameron highlands.semua tu,aku nak dapatkan pengalaman.sempat juga aku merayap ke jakarta.lebih 2jam 30min dari bandung-jakarta.




Friday, January 9, 2009

PINDAH RUMAH BARU..

start dari semalam,aku bekerja keras bersihkan rumah baru aku.aku pindah dari rumah sahabat aku yang aku tinggal sama2 dari mac 2006 sampi dis 2008.arini,ari last aku kat umah ni.esok,aku akan masuk umah baru.sedih bercampur gembira pun ada juga.banyak kenangan aku dengan azzahari ni.semua kito orang buat sama2.gi makan,minum,shopping merayap dll semua skali.tak pernah 2kali.hahaaha!hobi kita orang masa bujang dulu,kalau petang ahad tu,comfirm g McD atau KFC.tulah rutin mingguan kami.banyak kenangan tinggal 1 rumah ni.dulu ada 4 orang.dzul koyok dan wan biawak.!.dzul koyok baru je g honeymoon kat medan.wah!mentang2 dulu kita semua g bandung,dia dh syok kt indon pulak.honeymoon pn kt indon.jangan lidah tersentel dah lah.hehehe..wan biawak pula aku kenal dari zaman belajar dulu.pernah jadi junior then jadi senior aku pulak.musykil2!gurau2 je.hehehe!baru2 ni,anak dia sakit,kuasa tuhan yang maha besar,DIA berhak untuk atur semua perkara yang DIA kehendaki.anak dia hidup semula setelah doktor sahkan untuk kali ke2 yang anak dia meninggal.nama anak dia dhani.wan biawak gilakan band dewa.ni gara2 kita orang g bandung 6minggu lah ni.aku pun terjebak juga dalam menyukai lagu2 dari indon ni.nak buat macammner,memang lagu diorang memang best,ada kualiti dll.video klip pun gempak2 macam tengok movie jer.dia orang berdua dah selamat kahwin tahun lepas juga.so antara kita orang berempat ni,azzahari ni je kahwin lagi.tapi dia dlm progress.aku doakan cepat kahwin juga bersama 'ganu'(nama dia biarlah rahsia)hahaha!so nantikan lah gambar umah baru aku..kamera aku tertinggal kat ipoh.insyaAllah aku akan snap n upload dalam blog aku ni.kt cni,aku letak gmbar2 kenangan aku dengan bujang lapok 4 orang dari tahun 2005-2009











Wednesday, January 7, 2009

JOURNEY TO MALACCA

Pada 25 Dis hari tu,aku,wife dan ayah aku ke melaka.kecuali mak aku yang tinggal kt ipoh sebab ada kenduri.dari ipoh ke melaka ambik masa 4 jam drive keta.fuhh!penat betul drive keta jauh2(dh lama x drive jauh2)hehehe.aku drive non stop.program kat melaka,semua adik beradik aku berkumpul di rembia kecuali abg sulung dan adik aku.di melaka juga,aku bawak ayah pergi berubat di tengkera.ayah kena minor stroke.alhamdu lillah,keadaan ayah beransur baik atas kehendak dan izinNYA yang maha kuasa.best jugak lepak di estet sime darby ni.sejuk bila pagi2 almaklumlah umah kat atas bukit.aku sempat juga bawa ayah pergi menziarah rumah kawan2 .seronok betul kawan2 ayah xpecially ayah dapat borak2 dengan kawan2.malam minggu,kita orang layan barbeque.pagi ahad,kito orang semua berjalan2 ke melaka.dari rembia,shoot terus ke zoo melaka.ramai juga manusia didalam zoo.binatang2 jangan cakaplah.hahaaha!last aku masuk zoo melaka tahun 2003.keadaan tak banyak berubah.tiba2 ari hujan pula,alhamdu lillah.so kito orang naik train je walaupun bile naik train ni,tak boleh nak lepak lama2 kat satu2 area,tapi bile time hujan macam ni,kenalah naik train.








lepas zoo kitaorang cadang ke bandar hilir,nak ke bangunan2 sejarah macam kota a famosa,bangunan merah dll.jalan pulak jem.tension gak.tak dapat nk snap photo.plan ke bandar hilir cancel,terus g eyes of melaka.kat situ,anak-anak sedara aku main permainan ala-ala fun fair gak.so aku layan gak lah.selesai semua tu,kitaorang terus balik umah abg aku di rembia.pagi isnin,aku balik ke ipoh semula bersama kenangan 5 hari di melaka.