Friday, July 31, 2009

Kursus Peningkatan Kemahiran


Orang kebal???jangan marah abg mat..gurau2 jer







Malam sebelum kursus..

aku tidak keruan akan apa bakal terjadi esok pagi.pengetahuan tidak seberapa sekadar tahu melalui teman2 semasa tinggal sebumbung.

yang ibarat batu di atas kepala semasa aku mula berjinak2 dengan merekabentuk pelbagai kain rentang yang mungkin tidak tahu akan teorinya. hanya sekadar praktikal saja. cakap2 teman yang berkongsi ilmu. ilmu aku perolehi hanya melalui teman2.istilah design tu sinonim dengan aku ketika merekabentuk. harapkan kritikan teman2 apabila aku mula mengerjakan komputer sehingga cair otak aku.

kritikan demi kritikan diperolehi buat aku baiki hasil design aku.. kata2 dari teman2.. kau kena buat macam ni, pakai benda ni, macam ni cara dia, pa kata pakai bentuk macam ni..

banyak kata2 pakai saja! macam ni! itulah buat aku belajar kerjakan secukupnya untuk hasilkan design yang buat aku puashati.

tapi..esok pagi aku kena ajar cara formal.tak boleh pakai ayat dari teman2 buat aku faham untuk hasilkan yang terbaik. kena cari teori.tak boleh bagi praktikal je.kena tahu konsep, basic macam2 lagi dalam kepala otak aku ni.nota dh siap (ambil dari F1-help) dalam adobe photoshop CS3.

hari menjelang hari aku dapat serap gemuruh aku..mana taknyer! belajar pun bukan ada kelas formal. main belasah jer masa study dulu. siap jer, minta teman2 komen..abis komen, buat pembetulan. komen lagi..buat lagi.

3 hari berlalu (slot aku hanya sampai hari ke-3, jam 10.00am)..ketika pagi hari ke-3 tidak dapat aku gambarkan perasaan aku bila lihat peserta kursus dari tidak tahu langsung nak pakai photoshop, boleh buat apa yang aku minta.permintaan aku untuk peserta kursus sekadar 1 poster sempena menyambut ramadhan al mubarak.

aku jeling,aku amati,aku dapat rasa seronok dengan apa yang aku lihat.

itulah permulaan aku kata2 pada semua peserta. aku kongsi pengetahuan aku yang tidak seberapa ini.tidak belajar cara formal, tidak ada kelas aku hadiri cuma melalui kawan2 saja. aku belajar juga dalam aku mengajar kalian semua. dalam masa sama, aku dapat ingat semula apa yang aku pelajari.

aku masih belajar lagi!pengetahuan aku tidak cukup lagi...

Saturday, July 25, 2009

The Receptions Abg Lan,Teluk Intan,25 Jul 2009















Tahniah kepada abg lan (abg saudara aku) atas perkahwinan beliau. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia hingga ke akhir hayat.sentiasa mendapat rahmat Allah yang bertali arus.amin..


hikmah perkahwinan yang dapat aku perasan atas hati yang berperasaan ini. semua saudara baik dari jauh hingga dekat dapat berkumpul, bercakap apa sekali pun dan ada yang baru mengenal.


beramah mesra berbual bicara dalam tutur kata yang berbeza.


seronok kan? lihat hari yang mendung akibat jerebu yang kelihatan hari tidak jelas tapi yang terang di mata dapat di lihat buat aku senyum sedetik.


mana mungkin, jika tidak ada acara sebegini dapat kumpul semuanya. baik dari nenek/atuk saudara, mak/pakcik saudara, sepupu hingga 2 pupu mahupun anak2 saudara yang sebaris 3 pupu bersama2.


kelihatan, berbicara. anak kau dah berapa orang? dah gemuk! sekarang ada kat mana? mana isteri, mana suami? anak2 mana? kerja di mana? dekat 10 tahun tak jumpa.


itu antara percakapan yang aku dapat dengar dari mulut yang ikhlas bercakap tanda ikatan tali persaudaraan mahupun kekeluargaan.


yang jauh kita dekat2 kan, yang dekat kita mesra2kan. perkataan yang dapat aku simpulkan selama aku berada di teluk intan walaupun bukan bermalam di sana tetap aku seronok dan bahagia melihat saudara2 berada dalam 1 acara.


mungkin aku dan abg lan sama. anak yang terakhir kahwin dalam semua adik beradik mahupun anak2 pada kedua2 ibubapa masing2. aku tidak dapat rasakan perasaan ini semasa kenduri aku berlangsung dan detik siang tadi aku rasa apa yang dapat aku rasa.

Wednesday, July 22, 2009

Anak-anak

moment yang cuba aku capai dalam detik memori anak2 sempena sukan PASTI di bandar U, tronoh, perak. pelbagai kerenah dan telatah dapat aku perhati dari kaca airmata anak2 ini. kelihatan menangis inginkan ibubapa dan ada yg tidak peduli sama ibubapa kerana ambil peluang untuk bermain sepuas2nya. seronok lihat sambil memerhati gelagat anak2.







Monday, July 6, 2009

GEDE" @ BESAR @ GEMUK






Kursus di Bandung pada Jun 2006 buat aku senyum apabila dikenang kenangan yang kadang2 hadir di kala aku kelam. di sana, pengangkutan adalah "angkutan". jenis kenderaan semacam van yang hanya sekadar diletakkan kerusi ditepi.. disumbat penuh2 agar dapat bayaran yang lebih. tidak kira sesak hingga tak bernafas, peduli apa sama aku! yang ganjil, tidak ada pun sepanjang aku di sana, ambulans meriuhkan suasana yang sememangnya sesak di kota bandung ini. mungkin, di kala aku ke bandar, mungkin tidak ada kecelakaan/kemalangan.

sesak didalam angkutan. inginkan masukkan lagi tubuh manusia yang sememangnya sudah penuh.

pemandu : gese2! masuk2! (orang didalam bak macam tin sardin, disuruh ke dalam lagi untuk masukkan penumpang yang baru. dah tak muat lagi..macam mana nak kedalam lagi.!

kawan : mana mau gese" lagi pak! yang gede" (besar) ada di dalam!

aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut oleh kawan itu

penumpang masuk lagi hingga tak boleh nak nafas. nasib baik perjalanan kami, tidak lah jauh.
hanya sekitar 300 meter untuk ke kampus.

Sunday, July 5, 2009

Architecture Exhibition At KLCC






khamis, 2 Jul 2009, aku,wan (wan-words.blogspot.com), lynn dan hj.al-bakri ke KLCC. macam biasa, naik van ikm. pilot trip kali ini, en.yunus.
permulaannya, bagi aku tidak ada tiket ke pameran ini tapi peluang harus aku rebut untuk mata aku mencari penglihatan buat mencari pengetahuan untuk minda aku. ada juga ilmu yang aku perolehi sepanjang pameran ini. sampai saja di KLCC, harus alas perut dulu. makanan macam biasa. makanan yahudi lah.

wan : lama dah aku tak makan makanan ni sejak kempen boikot israel
aku : takkan jadi kudis di hati yahudi kalau kita berdua makan arini kat mcd.

lynn dengan menu laksa dia. hj dengan nasi kandar dia.

aku : pe barang makan laksa. kat cafe ikm pun ada laksa, mcd takder kat cafe.

ayat gurau aku. kesimpulan, makan kat KLCC memang melantus mahal. aku tak kisah bab makan2 ni. yang penting, kita nikmati betul2 makanan yang rezki tuhan bagi ini.

selesai pameran, bermulalah Tour De MARA. bernanah kepala lutut aku bila naik turun bangunan keretapi ini. dah lama tak pekena perjalanan macam ni. seingat aku, masa di bandung aku pernah alami pengalaman ini. pada khamis lalu setelah 3 tahun..dijavu berlaku lagi.hahaha!

menyesal tak naik taksi ke HQ. tapi takper, semua letih. nasib baik tiada sorang antara kita orang yang terjelir lidah macam anjing yang stim nak dapatkan pe2 barang baik anjing polis nak dapatkan dadah ataupun anjing yang sememangnya lidah terkeluar.

alhamdulilalh, sampai di lumut sekitar 10.20 malam. kepala lutut dah bernanah, meletup2..
esok hari, aku cuti.