Friday, October 29, 2010

majlis dari mata turun ke hati kolej komuniti arau









majlis pada asalnya dinamakan sebegini rupa agar dapat menarik minat para pelajar hadir. ianya hanya pada kulit saja tetapi isinya adalah pengertian kepada ceramah agama mengenai dosa berzina. perunding yang datang menggunakan pendekatan psikologi yang bagus.mula2 dengan bahasa2 yang sering kita dengar dan buat mereka tertawa dan seronok dan biar mereka melambung ke udara dan terus diberi penekanan umpama membiarkan belon diisi dengan udara lalu lepaskan keatas terus tembak.woohaaaaaa...

Tuesday, October 19, 2010

konvo IKM SP

aku ke sungai petani atas jemputan sahabat aku, ard utk cover photographer untuk majlis konvokesyen ikm sp kali ke-14. ard bukak gerai utk sesi potraiture graduan. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. aku tukhang ambik gambar manakala ard pula bahagian resit dan collect wang dan shahrul pula bahagian panggil customer dan catit no foto pada kamera aku. walaupun lenjun peluh aku dalam dewan tapi aku dan kawan2 puashati atas kerja yang kami buat. terima kasih banyak2 pada ard kerana sudi jemput aku. inshaAllah, tour ke ikm lain akan ada. harap kawan2 di ikm lain sudi menerima kami untuk kami mencari rezeki.







salah seorang graduan yang telah menerima kami sebagai photographer untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.

Sunday, October 17, 2010

kursus basic DSLR


antara foto dari peserta. di touch up oleh aku..teknik DSLR..aku setting dan diorang tembak.
promote untuk stage ke2 pnya kursus lah.hehehe..

basic photoshop,,copy layer..ctrl J then buat black n white.subjek color..pakai erase..
banyak kaedah..yang ini untuk yang simple.

jadi model pulak aku.hehee..drift di bendang


semalam, sabtu 17 oktober, kalau belah utara di panggil kelmarin, aku dan kwn2 dari kolej buat kursus basic DSLR pada orang2 luar.so aku jadi pengajarnyer..mula2 ketaq lutut juga sebab almaklumlah yang aku ni bukan ada sijil photografi mana2 u. ada cita-cita juga nak sambung dalam ini bidang.hehee.ilmu yang tidak seberapa ni banyak yang aku perolehi dari kwn2 juga. tidak ada kelas formal mahupun sijil keluaran universiti ataupun ipta2/ipts. mana yang aku tau, aku kasi tau. ada juga yang aku tidak tau, aku minta maaf.
bagus juga ada kursus macam ni, dalam masa yang sama boleh juga peringatkan aku balik ilmu supaya tidak berkarat dan menajamkan kembali ingatan aku dan jika aku tidah tahu bererti ilmu aku tidak mencukupi lagi. kelas berjalan 1 ari saja. hanya sekadar basic mengenal DSLR dan lain2. sesi petang aku bawak peserta shoot outdoor. walaupun timing tidak bagus sekitar 230pm -330pm, tapi apa boleh buat.masa tidak cukup untuk dibawak kepada petang sedikit kerana di situ lah kita boleh dapatkn tone yang warm pada ketika petang hari.(ajaran dari wazari wazer).
kadang2, aku rasa segan juga kerana hendak berkongsi ilmu ini kerana aku tahu ilmu aku ini tidak seberapa berbanding orang2 yg power..
harap2 peserta kursus dpt apa yang dipelajari dan dipraktis kan.

Thursday, October 14, 2010

try and error





aku dan saad cuba untuk test lighting utk job ahad ni.konvo ikm sg petani. aku sekadar gurkha saja dan saad bigboss aku. boleh juga cari pengalaman untuk aku belajar.