Wednesday, June 30, 2010

kembali aku setelah sekian lama..






lama aku tidak utuskan apa2 karya sekilas ianya berbentuk gambar yang menceritakan semua cerita yang tersirat mahupun bait2 kata dimana kedua2nya masih aku belajar untuk memperbaiki kelemahan aku.tapi hobi menembak itu tidak akan hilang dalam jauh sanubari lubuk hati aku ini cuma 1 hingga 2 bulan ini aku tidak kesempatan untuk melayari hobi aku ini.dari entry aku yang terakhir ke Naka, kedah untuk kursus kenegaraan hingga yang terbaru aku ke JB untuk kursus induksi.terbaru hari ini adalah aku diberi tanggungjawab untuk meng'edit' buku program untuk hari yang besar bagi KPT (kementerian pengajian tinggi) yang akan berlangsung pada 14 Julai 2010 yang dirasmikan oleh PM kita. watak aku hanya sampingan dalam ini wayang gambar. hari ini memang sungguh penat melantus badan aku, aku dan kawan seramai 2 orang perlu berulang alik dari arau ke bandar darul aman kira2 30km untuk meng'edit' bahagian pelajar2 cemerlang. perlu meng'edit' gambar dan membuat teknik kolaj ala2 custom album pada kira2 30 orang pelajar cemerlang di mana memerlukan 30 mukasurat juga. insyaAlloh, akan siap pada hari jumaat.
aku seronok membuat kerja2 ini bersama kenalan2 baru yang aku kenal di darul aman. teringat kisah aku di lumut, kerja bersama teman2, teringat aku kerja di ipoh bersama teman2 sampai waktu embun menitis matahari menegak di kepala tidak tidor semalaman. apa2 pun, aku cuba buat yang terbaik sebagai aku buat sebelum ini. (cukup bait2 kata bermadah aku)..hehee..
entry kali ini juga aku selitkan moment arissa buat aku tatap masa kelak. moment yang semulajadi menampakkan gusi tanpa gigi. waktu itu arissa 8 bulan dan esok 1 Julai, arissa dah 10 bulan. gigi pun dah tumbuh.