Wednesday, February 24, 2010

kenangan berlalu part#01

bermacam peristiwa aku tempuh, aku harung selama ini. baik atau buruk tetap ada hikmahnya. hari ini, aku mengimbau selama 4 tahun lebih aku di manjung. kini, tinggal beberapa jam lagi aku akan keluar dari manjung ini. ibarat tamat satu novel yang bisa kita tutup lalu simpan saja dalam almari yang bakal dipenuhi sarang labah2. pagi tadi, aku tewas dengan hati keras aku. hati sebak hingga tidak terkata bait2 dari kalamNYA akan sedih hati bila terkenang masa lalu. peristiwa2 memusingkan benak aku, mengelilingi lalu menawan fikiran aku lalu mencurahkan air mata yang titis rintik. tidak mampu aku lafazkan apa yang mahu aku khabarkan pada tetamu, tidak mampu hati ini pilu mahu aku war2kan apa yang terbuku di hati. ternyata, sang pendengar yang mahu pekakkan telinga akan bait aku tidak dapat menahan sebak dan terdengar desus seakan selsema atas rintihan hati aku ini.

dari mula ucapan aku, aku sudah tekad, tidak mahu apa2 mata aku dari mengalir titis airnya. tapi bila masuk saja perenggan yang aku mula datang ke manjung ini, terus sebak di hati. kadang2 aku malu akan hati lembut aku dikala aku mahu ianya keras. tapi ternyata aku kalah, aku kalah dalam menawan hati ini dari keras.

antara yang bisa aku rumuskan dalam aku berkepongpong dalam ini selama 4 tahun, aku cukup seronok di kala ianya baru saja sampai tahap kemuncaknya. penghujungnya aku harus turun dari puncak walaupun permandangan cukup sedap mata memandang. kata2 perangsang dari teman2 yang lain masih lagi tergiang2 dalam gegendang telinga aku ini.

kadang2 kita
bosan dengan apa yang kita buat.hari2 muka kita buat sampai jemu menjelma hingga terbit luka di hati dengki akan orang yang hanya seronok bersenang lenang tidak ada apa yang berlaku di depan mata walhal itu adalah kerja sama2

penghujungnya
kita tahu bila hari2 kita saja yang buat, kita rapat dengan mereka. mana ada orang lain yang mereka ingin jumpa kecuali orang ini walaupun tiada lagi di sana. minta di beri pendapat, minta di beri penjelasan, minta tanya bagaimana mahu PLOT, minta tanya mahu L.I dimana, minta datang ke McD untuk belanja sama kita untuk kali terakhir di manjung dengan hasil elaun L.I dan macam2 lagi.

kadang2 kita
rasa diri dipergunakan apabila orang asyik mahu kita buat. diberi betis mahu peha walaupun niat pertama ikhlas mahu bantu.

penghujungnya
kita dapat kawan baru dikala kita susah ada saja yang membantu. orang lain mungkin tidak bisa mahu minta bantu tapi kita bisa saja minta bantu akan apa perkara yang mungkin orang lain jadi rumit.

kadang2 kita
penat bila kerja banyak. kepala berserabut bila banyak kerja yang datang sekali gus. tidak tahu mana satu mahu selesaikan.

penghujungnya
kita akan rasa lega lalu terbit biru jingga kepuasan dan jika datang lagi, hanya senyum pahit tanda sudah lalu perkara sebegini.

banyak kenangan didalam kotak minda ini untuk aku tulis buat tetapan teman2 di luar. cuma ketika ini, aku masih mahu bersama2 teman2 menghabiskan masa bersama. di masa kelak, ianya tidak akan sama dengan kita alami sekarang. jika ada apa2...aku sambung kemudian

Wednesday, February 3, 2010

alhamdu lillah: part two

semakin hari semakin singkat bila di kenang 1 mac 2010 ini aku bakal tinggalkan dunia MARA, dunia IKM. kadang-kadang aku rasa seperti seronok umpama kanak2 yang bermain terus menang dalam main tuju botoi. kadang-kadang aku rasa sedih pabila di kenang mahu tinggalkan orang di sekeliling aku umpama kanak2 menangis pabila mahu ikut ibu ayah. nangisnya amat pilu tidak ke tahap meraung macam orang gila.

banyak kenangan aku di sini. tapi aku harus pergi untuk aku keluar dari kepompong ini. aku sudah tekat, jika ada percaturan yang lebih dari Dia yang maha besar, aku harus pergi. pergi membawa diri. bukan aku merajuk, aku seronok bersama teman2 di sini cuma ada sebab tuhan aturkan aku ke sana. aku panjatkan syukur kehadratNYA yang maha esa dan berkat kekasihNYA junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keramah ibu dan hikmah ayah dapat aku rezeki ini.

bila di fikirkan jauh dalam sudut hati ini, inilah di namakan rezeki anak dan rezeki kahwin. alhamdu lillah. tapi dalam nikmat ada bala dan didalam bala ada nikmat. tuhan telah beri sedikit nikmatNYA dan Dia juga tarik sedikit nikmat aku selama 1 tahun 3 bulan ini. aku harus berjauhan sama isteri yang tersayang. jika kini baru 3 minggu, tiap2 minggu aku menyusuri hiqhway lumut-ipoh tapi akan bakal tempuh highway PLUS kangar-ipoh. tetap syukur alhamdu lillah.

setiap karektor perubahan arissa tidak dapat aku rakamkan dan saksikan. cuma dapat SMS dari isteri yang tersayang akan perubahan arissa. antaranya sudah pandai mengutip apa aja yang ada di depan mata terus masuk ke mulut walaupun arissa tidak pandai lagi merangkak cuma pandai meniarap.

pagi tadi, ibunya maklum akan perihal arissa. tahu2 aja apa yang dikata. dari menangis tahu mahu keluar, terus senyum dan ketawa. tidak ada tangis lagi.

Tuesday, February 2, 2010

The Receptions:Syai & Fendi, Seri Manjung, 30.01.10




















Tahniah aku ucapkan pada Fendi dan Syai atas kenduri kesyukuran perkahwinan mereka berdua tempoh hari. seronok aku dapat bekerjasama dengan syai dan keluarga.
semoga fendi dan syai bahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa dibawah lindungan serta rahmat Allah yang bertali arus. amin..