Saturday, June 27, 2009

tomyam ayam+telur dadar

dari ipoh, aku terus balik manjung. sebelum ke rumah, aku ajak wife aku makan di kedai je. selalu dah makan nasi di rumah mak aku tapi petang tadi aku dan wife aku berisikan perut kosong sepanjang perjalanan ipoh-manjung. kedai yang aku pergi petang tadi kedai yang biasa. biasa bagi aku masa bujang bersama teman2 seperti azzahari (pelitaminyaktanah), dzul koyok dan lain2 lagi.

sampai saja aku lihat kedai tu dah berubah. kemungkinan besar, aku lama tak ke kedai tu tapi seingat aku, aku tak makan kat kedai di adalah dalam 2,3bulan. dah tak macam dulu lagi. mendung jer..orang dah tak ramai. kerusi pun dah tak banyak. aku tanya pada adik yang sedia menanti kedatangan kami ini.

aku : buka ke adik?
adik: bukak abang!

aku amati, memang berubah. bukan berubah ke arah peningkatan tapi ke jerumus ke bawah pulak dah. eh! dah takder roti canai! dah takder ikan2 untuk masak 3 rasa! orang yang ambil order pun dah lain. adalah 2 orang jer.

mungkin dah berubah tuan punya tanah ini. ayat sedapkan hati aku. order macam biasa. hanya kami berdua jer yang makan. masakan tidak sedap sangat, biasa2 jer. boleh lah makan dah aku takkan bersuara sekiranya makanan di depan aku tidak sedap kepada tuan kedai. makan jer tapi jika tak lalu nak makan, berhenti jer. tapi hati aku berdetik.

mana pergi tuan kedai yang dulu? takkan bungkus pulak? kesian aku lihat mereka berdua jer.
ah! mungkin tuan dulu dah pindah kedai lain. takpelah! rezeki mereka berdua hari ini.

aku : adik, kira adik.
adik : RMx.xx

selasai bayar, macam biasa.

aku : terima kasih adik.
adik : sama2 abg..

lalu adik itu sekali lagi bercakap,

adik : terima kasih abg.
aku : sama2..

ucapan terima kasih itu, aku lihat pada air muka dia. penuh syukur dengan rezki dari Dia buat petang ini.

bila dikenang, ada sebab kenapa kedai ini tidak ada orang (bukan dengan masakan dia yer) dan ada sebab mungkin kedai ini baru saja di bukak dan orang ramai mungkin malu2 (mungkin takut) nak datang.

rezki tuhan itu banyak di muka bumi ciptaan Dia yang maha kuasa. cuma kadang2 Dia bagi dengan cepat..kadang2 Dia bagi lambat..terpulang lah pada Dia lah untuk semua2nya.

buat adik tadi, jangan gundah gelana, jangan cepat putus asa. perkemas masakan anda dan jangan cepat mengalah.

Monday, June 22, 2009

Sepetang di Kg.Sg Baru, Kuala Kurau, Perak

Sepetang aku bersama isteri yang tersayang. niat di hati ingin berkubang didalam air. bukan istilah berkubang macam kerbau ya.haha! aku ingin lepaskan geram aku dengan aksi lagak ngeri, melompat dari tebing hingga menerjah badan aku ini ke air. tapi apakan daya, air yang aku harapkan setinggi paras dada aku tidak sampai pun ke betis aku. orang kampung dah nak mula tuai padi. kenalah tunggu padi mula tumbuh. busuk2 bulan 12 baru boleh lepaskan geram aku ni. masa zaman kanak2, seronok tak terhingga berkubang ni. petang tu, aku dan wife lepak2 kat ban pecah (port orang luar datang dan lepak2 sambil makan macam2.ada rojak, char kuey teow dll). aku tak lepaskan peluang aku nak cari angle yang terbaik untuk wife aku buat aku tembak dia pakai kamera aku. hadiah dari tembakan aku ni, aku kena gigit pacat. sampai 2 ekor naik ke kaki kiri aku. 1 ekor aku dapat rasakan.tapi 1 ekor lagi berjaya menyelinap sampai hisap darah aku.baik punyaaaa!duk kat celah jari kaki aku. sedar2 dh meleleh darah aku.

p/s : bila anda kena gigit pacat, cari abu rokok. gaul dengan sedikit air. tempek atau tampal pada tempat yang kena gigit. insyaALLAH, darah akan berhenti. petua dari orang2 tua. aku berjaya berhenti darah aku.alhamdu lillah.






Friday, June 19, 2009

Black & White

anak2 yang seronok bergambar. ada ketika pelik lihat lensa aku, adakala seronok lihat
lensa aku.






Wednesday, June 17, 2009

The Reception Farhanah & Zulkifli, Batu 15,Lekir,Perak












Tahniah aku ucapkan kepada farhanah dan zul atas perkahwinan mereka pada 31 Mei 2009 yang lalu. semoga anda berdua berbahagia ke akhir hayat dan dilimpah rezki dan rahmat Allah. kepuasan aku penuh bermakna biar larut hingga terbenam sang mentari yang menyinar hari. tak dapat di ungkapkan ucapan aku berterima kasih kepada azzahari yang sanggup menemani aku, sahabat karib yang kini terbabit dalam hingga mencampak diri dalam dunia menembak orang yang takkan mati2 ini.

Tuesday, June 16, 2009

awan

pada petang itu,aku tidak lihat awan
aku hanya nampak langit biru
langit biru buat aku tersenyum
aku puas lihat langit.
seperti berada didalam laut
yang ada di muka bumi ini umpama penghuninya
kemana ya awan putih?
mungkin awan malu mahu lihat
biar langit saja yang dapat dilihat
buat aku lihat keindahan kecantikan
kurnia tuhan pada kita

awan putih dah kelihatan
macam2 corak di buat
umpama kita orang kerdil
awan macam raksasa
kita boleh lihat awan
putih umpama kapas
bentuk berbagai rupa
hanya mata yang boleh lihat
fikiran bentuk apa yang kehendak
ada yang bentuk macam ais kepal
cuma tidak ada yang merah diatasnya.


Tuesday, June 9, 2009

menang @ kalah?


kemenangan yang mungkin aku tidak harapkan
cukuplah sekadar perjalanan
buat aku seperti angan-angan
agar usaha aku terus di beri keberkatan
aku tidak pernah rasakan
aku harus perkuatkan iman
agar perjalanan ini dapat aku berjalan
berjalan di garisan permulaan
bertahun aku merencah keabadian
tapi adakah tercapai kepuasan


erti maksud dihurai dengan perjuangan
mencari erti satu kehidupan

semuanya aku tempuh dengan ketabahan
tetapi dikala ini aku rasakan
ada satu yang harus aku perlu kekuatan
aku tidak bisa untuk lawan
takkan ia menjadi alasan
buat aku hilang pedoman


dimula garisan untuk berjalan
mengapa aku tidak keruan
adakah datang satu ujian
buat manusia yang bergelar insan

buat teman2 yang kasihan
tidak tergambar dek ungkapan
hanya mampu terima kasih aku ucapkan
hanya sekadar buat renungan
aku syukur dengan nikmat tuhan
dikala malam aku keseorangan
keseorangan aku atas kekhilafan
umpama hilang satu kenikmatan
dikala aku dapat rasakan
harus bermula di garisan permulaan

Monday, June 8, 2009

Dikala Kelam Ia Terus Menghilang

Cahaya yang menyinari aku selama ini tidak aku tahu ianya berharga dikala kelam. Langsung aku tidak hiraukan akan kenikmatan cahaya itu. Aku tidak peduli dan hanya sekadar cahaya dikala aku tidak endahkan. Biar dijalan yang diatur, aku hanya sekadar tersenyum dan hanya tidak ngerti akan apa akan terjadi. Aku rasa amattt sedih dikala aku tahu pada masa dahulu ianya berguna bagi aku. Umpama cahaya ini di ibaratkan asas bagi aku untuk bertapak. Selama ini aku tidak tahu langsung tahu akan nikmatnya, aku tidak peduli akan kebaikannya, aku tidak tahu ianya bersinar dikala aku amat memerlukannya. Aku tidak ngerti diluar sana nampak cahaya. Saat begini buat aku amat pilu bila tahu cahaya itu malap dan aku tidak mahu cahaya terus hilang. Cahaya tidak dapat menyuluh aku lagi. Cahaya aku tidak bersinar pada ketika dahulu bercahaya sinar. Aku rindukan dan sayang akan cahaya yang dulu. Tersedar aku buat aku pilu akan detik2 yang membantu aku dikala mencari erti perjalanan. Bintang2 dilangit dikala malam amat cantik dan bersinar tetapi ada 1 yang tidak kelihatan untuk melengkapkan malam yang indah. Aku mencari dan terus mencari disebalik persoalan yang bermain di fikiran dan sudut hati aku yang paling jauh ini. Kenapa ya, bintang itu tidak dilihat? Kenapa ya? Dimana bintang menghilang? Silap aku. Bintang itu ada tetapi tidak kelihatan. Sungguh2 kita mencari tetapi tidak dapat dilihat. Sedih yang teramat buat aku mencari dan terus mencari. Aku berharap sinar cahaya bintang akan bersinar kembali. Menyinari aku ketika aku memerlukannya. Aku berharap atas harapan agar dapat teruskan perjalanan. Dikala kelam, alasan bermacam- macam, tetapi hanya sekadar omong2 kosong. Anggap perkara itu remeh, anggap perkara itu satu jurang, satu yang jurang besar yang perlu aku robohkan. Kini, baru aku tahu atas kekhilafan diri aku. Tidak fikirkan ianya sekadang kosong semata- mata alasan itu. tapi aku harus kuatkan semangat agar aku dapat kembali cahaya itu. Cahaya yang buat aku terus berjalan dan aku kini tidak kisah bermula dari merangkak mahupun apa sekali pun tetap aku mencari cahaya.
Pilu aku ini sukar utk aku luahkan. Hanya aku saja ngerti tetapi aku tidak ngerti perasaan aku ketika ini..

Tuesday, June 2, 2009

Teman Dalam Berteman

Teman dikala senang cukup senang hendak mencari tetapi teman didalam kesusahan tidak semuanya ingin berteman. Jika diberi kerja semuanya tidak mahu untuk membuat kerana bilang akan keadaan yang sibuk. Adakah sibuk itu sekadar buat2 sibuk? Adakah sibuk itu sehingga tidak ada masa? Timbul persoalan didalam benak kita semua. Erti tidak ada masa itu akan terjadi apabila hendak buang air kecil sekali pun tidak ada masa. Hah! Itulah yang dikatakan tidak ada masa dan betul2 masa itu dibataskan dengan sibuk yang teramat. Tidak enak untuk kita menyatakan apa kerja yang dibuat sehingga perkataan sibuk itu senonim ketika ini. Percaya akan usaha yang kita buat, maka terhasil kejayaan dari apa yang di usahakan.
Konsep teman dalam erti kata lain sahabat itu adalah apabila diri kita ini betul2 tidak ada apa2 jurang diantara satu sama lain. Dikala kita dalam kesusahan, kita tidak ada pun sama sekali perasaan ingin menyusahkan teman kita ini apabila kita tahu yang kita inginkan pertolongan dari dia. Sama juga dengan teman yang menolong itu, dia akan rasa cukup dihargai kerana ada dikalangan kawan2nya yang inginkan pertolongannya dan teman yang sejati itu sanggup untuk menolong sedaya upaya takat yang termampu. Balik pada asal, kita usaha kita dapat tetapi jika kita tidak dapat juga ternyata usaha itu tidak cukup untuk kita dapatkannya. Kena usaha lebih lagi. Pertolongan yang datang itu tidak kiralah dalam bentuk apa sekali pun. Perkara kecil seperti sanggup meminta tolong untuk mengambil di stesen bas di kala waktu seawal pagi embun masih hinggap di pucuk dan dedaun pokok dan sahabat itu sanggup bangun untuk mengambil dikala enak dibuai kesejukan dan keheningan seawal pagi. Itu adalah segelintir kehidupan yang kita mungkin tempuhi.