Thursday, August 20, 2009

Majlis Konvokesyen IKM Lumut Kali Ke-51

kepuasan aku berkarya dengan tembak orang2 di UTP.tak mati2 orang yang aku tembak.kenapa ya?

orang2: kau dah selesai kerja,hari konvo relax lah.dah beracah 7-8bulan
aku : aku nak berkarya dalam photo aku.dalam bahasa,aku tulis dalam blog aku.

antara bait2 kata,dialog pada aku. terima kasih aku ucapkan juga pada teman kenalan baru aku. saudara amir..salah sorang photographer utk konvo ni.beliau ajar aku cara nak setting dalam dewan.(perkara yang menghantui aku utk job dalam dewan) tapi masih lagi kena banyakkk yang aku belajar. saiful nang sifu aku cakap.asah mata walaupun takde camera.visual then terus masuk dalam otak.

kena ada moment utk menceritakan segala2nya.tapi aku banyak yang kurang dan aku masih belajar lagi.aku juga tak malu untuk bertanya pada sapa2 saja untuk aku belajar dan dapatkan ilmu.









Cahaya biru jingga

Tidak tergambar aku lihat kepuasan dari riak wajah semua didalam dewan.baik dari muka muka yang bengis, penuh misai di atas bibir mahupun janggut yang mengurai bahkan dari kosong telanjang tiada yang menyimpannya
Semua takut, gusar akan hari yang bakal berlangsung.mengadu dombar sama aku akan perasan gundah gelana. Alan mahupun azrul ataupun rul saja..permulaan kata luahkan hati pada aku.aku takut lah,konvo nanti tak jadi...aku risau lah,macam mane dengan konvo nanti yer?banyak yang tak cover ni..sebahagian ayat2 mahupun SMS pada aku membisik lalu telinga mahupun mata yang membaca aku terus ke hati aku.

Kita Usaha Kita Dapat.Tapi kalau Tak Dapat,Pasai Apa?Ternyata Usaha Kita Tak Cukup Kuat lagi.Kena Usaha Lebih.

dari pencacai grukha mabuk jadi runner,tukang basuh pinggan mangkuk yang kena hayun,sampai kena cakap sebagai kapla untuk familyday..semua itu asam rencah kehidupan yang belajar jadi apa yang kita mahu

Itu faham aku.aku yakin,apa yang jadi hari ini atas usaha semua orang.semua sudah tahu tanggungjawab apa harus buat.bukan kerja mudah,harus persiapkan segala2nya mula dengan 0.

7 bulan atau 8 bulan persiapan dilakukan.bermacam2 kerenah,provokasi mahupun yang bodek mengampu punggung,bontot sapa2 saja dirasa perlu.dari penyabar terus meletup sehingga merah menyala telinga,dari tak tahu terus tahu sampai muntah hijau fikirkannya semua itu pengalaman yang cukup indah buat semua.

Hilang suara akibat herdik lantas arahan yang ingkar dari teman2,terpekik sana sini dalam luar dewan,peluh mencurah membasahi baju ibarat berlari kalahkan usain bolt dalam 100m.turun naik,ke depan ke belakang,kejar kesana dan kemari semuanya dapat aku lihat aku amati.

Mungkin sebahagian tidak rasa apa yang kita rasa.hanya lalui melewati dewan mahupun sekadar lihat dengan mata yang serong ke tepi, hanya ketawa gelak membisingkan suasana dalam pejabat akan beracah,kelam kabut,tak tentu hala,berterabur,melantus dengan perangai tingkah laku kita 7-8bulan ini.lebih2 lagi waktu singkat untuk konvo ini.umpama tidak tahu apa yang berlaku.sehingga orang tertanya konvo bila,masih terpinga2 tak tahu.

Buat teman2,kita rasa apa yang orang lain tidak rasa.perasaan itu tidak boleh di ucap.petang itu,hujan turun amat halus ibarat titisan tanda selesai. Mungkin yang ada sehingga lewat petang,akan lihat sang mentari yang rebah ke bumi itu berwarna jingga.cukup indah kejadian tuhan itu.merembes cahaya jingga dicelah pohon2.asyik aku dengan suasana itu.buat aku terpesona tanda usaha kita sudah selesai dan menutup hari itu dengan satu kejayaan.

Kepada teman2 yang tidak dapat rasa apa yang kami rasa,cubalah untuk merasanya.bukan kerana susah dikala ada masalah tapi carilah kejayaan bila masa sudah tiba.terpancar biru jingga.

ada masanya aku penat
ada masanya aku kuat
ada masanya aku marah
ada masanya aku gembira

rancah konvo bagai roller coster
bila2 boleh naik dan turun
susah senang bersilih ganti

biar obesesi mendiamkan diri
tak lari dari mata
aku tau penat semuanya
tidak semua yang dapat rasa

kepuasan hati ini terpancar
bila lihat semuanya berjaya
aku harapkan semua orang merasa
apa yang aku rasa

dari muka sorang2 aku tenung
tenung sambil merenung
biar peluh basahi pipi
baju basah belakang sampai celah ketiak

ayuh teman2
jangan takut
kerja sama2 dapat rasa kepuasannya

petang itu hujan lembut curah bumi
tanda syukur semuanya berakhir
rumput yang bergoyang segar
sang mentari pancarkan sinar

sinar itu percik dari pohon2
bias mencurah mata
aku lihat indah sekali
ada sang mentari disebalik daun2

kita lihat dari pelbagai sudut
kita pusing 360 darjah
cari ertinya
lain sudut lain pandangan
tapi cuma 1
kita lihat yang sama

foto akan aku upload pada entry yang kemudian

Tuesday, August 11, 2009

Beradatkah Kita?

Hari ini merupakan hari yang agak malang bagi kami bertiga (penulis, pemilik blog dan juga seorang lagi rakan sekerja). Setelah bekerja berhempas-pulas berbulan-bulan, satu majlis yang agak besar untuk kami akan berlangsung kira-kira semingu lagi. Hari ni kami menghantar kad-kad jemputan kepada para VVIP yang dijemput untuk menghadiri ke majlis berkenaan.

Selepas kami bersarapan pagi, dengan cerianya kami pun pergilah ke pejabat seorang VVIP ini yang secara amnya dilantik oleh Sultan. Memang tak dinafikan kami penjawat awam kebanyakannya datang dari pelbagai pelusok Negara. Oleh yang demikian, sememangnya adat istiadat istana ini memanglah jauh dari penghidupan seharian kami. Menyangkakan dapat bertemu dengan wakil sultan ini seolah-olah suatu yang baru dan istimewa bagi kami.

Setelah berurusan dengan setiausaha/keraninya, kami pun masuk. Setelah pemilik blog member salam sebanyak dua kali barulah dijawab. Itupun dengan nada yang kurang sedap didengar. Kami dengan tidak semena-menanya diherdik dan ditempelak oleh wakil sultan terbabit. Kami dikatakan tidak beradap dan beradat. Dia memaklumkan bahawa bukan kami yang sepatutnya datang menjemputnya, tetapi pengarah kami. Dengan nada yang tinggi dan separuh menengking, dia memaklumkan bahawa Pegawai Daerah juga datang mengadapnya untuk menjemput bagi sesuatu majlis.

Dia juga mengherdik kami sebagai kakitangan bawahan tidak layak datang menjemput dan mengadapnya. Dengan nada yang kurang menyanangkan, dia memaklumkan berkali-kali bahawa kami dan kebanyakan orang-orang di kawasan kami ini bodoh dan tidak tahu adat. Dia memberitahu yang dia tidak mahu hadir dan mencampak kad jemputan yang kami hantar. Dia juga memberitahu akan memaklumkan perkara ini dalam majlis-majlis lain.

Kami hanya mengiya dan mengangguk sahaja. Kalau diikutkan hati sememangnya banyak ulasan dan komen yang ingin kami balas. Tetapi memandangkan masa dan juga menghormatinya sebagai orang yang lebih tua, kami hanya mendiamkan diri sahaja. Kami keluar dengan terkejut, marah dan sakit hati setelah diperlakukan sedemikian.

Untuk renungan; sebagai wakil sultan atau wakil orang-orang atasan, bukankah suatu kewajipan untuk mereka menerangkan dan menjelaskan sesuatu protokol sekiranya ada, dengan nada dan cara yang beradap dan beradat kerana tidak semua orang tahu akan protokol sedemikian. Dan kawalan serta nada suara yang baik bagi mengelakkan dari kedengaran menengking atau menempelak, apatah lagi apabila berhadapan dengan individu yang bukan kakitangannya sendiri, kerana ini akan membawa imej yang negatif dan lebih mendorong masyarakat untuk tidak membabitkan wakil-wakil diraja ini dari menyertai majlis-majlis mereka.

Sebagai orang beradat dan beradap, perlakuan sedemikian adalah kurang beradap dan beradat. Tetamu tidak dipelawa duduk dan salam tidak disambut dengan segera. Mengherdik jawatan seseorang itu seolah-olah sungguh rendah dan hinanya jawatan yang dipegang oleh kami. Setidak-tidaknya, kami bekerja dengan jujur dan amanah. Sebagai orang yang memenang amanah sultan, rakyatlah sepatutnya didahulukan dengan tidak memandang jawatan mahupun darjat seseorang. Wakil sultan ini kedengaranya cukup tinggi pangkat dan darjatnya sehingga kami pun tidak layak untuk datang menghantar kad jemputan.

Setinggi manapun jawatan dan darjat itu, Yang Maha Esa jualah yang paling agung. Namun tidak pula ada sekatan atau tegahan yang menghalang sesetengah yang berjawatan rendah dari mengadap-Nya. Malah, semua mempunyai hak dan keistimewaan yang sama, Sultan mahupun kuli.

Bagi orang-orang atasan mahupun wakil-wakil Sultan, ingatlah, anda hanyalah perantara. Membawa suara rakyat dan memeprjuangkan hak rakyat. Dengan memperlaku dan memperlekehkan kedudukan rakyat, samalah anda dengan mengabaikan amanah yang dibahukan kepada anda. Sedangkan Sultan dan Raja juga sujud kepada tuhan yang sama, apatatah lagi anda.

Rasionalnya, rakyat sememangnya tidak tahu akan adat dan protokol diraja. Andalah yang sepatutnya mengambil inisiatif untuk memartabatkan institusi diRaja ini. Dengan herdik dan tempelak akan menyebabkan rakyat akan semakin meminggirkan dan membelakangkan institusi DiRaja ini. Dengan melempar kad jemputan tidak akan memudahkan penerimaan protokol sebegini malah akan menyebabkan rakyat semakin membenci jika tidak kepada institusi DiRaja pun tetapi kepada wakil Sultan ini. Jika anda juga seolah-olahnya tidak beradat dan beradap, masakan ingin orang mengamalkan adat dan adap terhadap anda. Ingat, adat dan adap budaya Melayu bukan hanya kepada institusi DiRaja sahaja, malah terhadap sesama manusia
.
Renung-renungkanlah,

Bapa borek, anak rintik.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Nukilan;
ArjunaDewasmara

buat teman2..jadikan satu pengajaran buat kita supaya tidak hilang pedoman di hari murka. pesanan dari orang2 tua.

janganlah kamu berpangkat pada takhta
janganlah kamu berpangkat pada wanita
janganlah kamu berpangkat pada harta.
pangkatlah kamu pada Allah.

hendak aku sembur dengan perkataan sinis tapi tidak mahu pikirikan masa kelak.jika aku tidak bawa nama kerja, mahu saja aku bercakap atas nama aku bangsa melayu, yang di didik dek guru serta anak pada haji amir bin sulaiman dan hajah azizah binti nikka.

sombong dah bongkak tidak terkata umpama cakap itu milik sendiri walhal kalam itu seharusnya milik Dia yang maha kuasa.
tidak ada ada yang sehebat dari Dia.kita ini hamba yang mungkin berada disisiNYA.semua sama umat manusia.ciptaan dari adam dan hawa. jangan perkata sesedap rasa, esok lusa kau berada disisiNYA juga.

Wednesday, August 5, 2009

Nukilan Sahabatku

Pelangi itu indah dan pelbagai warnanya..

tahniah kawan!
aku suka
aku seronok
aku tumpang bergembira..

aku jadi saksi
susah payah engkau
aku jadi saksi
kata-kata sinis mereka pada engkau
aku jadi saksi
setiap kepayahan engkau
aku jadi saksi
detik berjaya engkau..

tahniah kawan!
jangan berhenti bermimpi
kerna aku suka dengan mimpi mengejar pelangi engkau
jangan berhenti disini saja kawan
terus buka langkah luas-luas
kerna aku yakin
kau mampu capai apa yang engkau impikan..

jangan berhenti kawan
untuk menjadi inspirasi diri ini..

notakecildisisip:
dedikasi untuk Azrul Ibawana B.Amir..
http://pelitaminyaktanah.blogspot.com/

buat teman2 seperjuangan..
tidak ada kata2 yang mampu aku katakan
terima kasih segala2nya atas sokongan

Tuesday, August 4, 2009

Tutur Kata Bual Bicara

seharian aku sibuk dengan kerja2 aku.boleh dikira waktu aku di pejabat.semua perlu aku lakukan agar dapat aku laksanakan tanggungjawab aku.dari awal aku ketik jari ini di mesin tanda diri aku hadir kerja sampailah waktu aku mahu masuk ke rumah.aku cuba pautkan apa aja perkataan yang menarik dalam hati aku ini.

mana mungkin, selesai ketik jari aku tidak terus buat kerja aku seperti selalu.jaga anak2 bangsa beratur yang sememang itulah kerja aku 4 semester ini.tidak hiraukan apa teman2 mahu bercakap kerna itu hak mereka yang lahir dari mulut setentunya milik masing2.tapi kadang2 ada juga penat aku, hilang sabar aku melihat mereka2 yang hanya melewati lalu naik tangga tanpa ada apa2 yang ada di kaki bangunan megah setinggi 3 tingkat.aku manusia biasa,yang tidak lari dari kesilapan cuba meminimumkan kekhilafan.

selesai ketik jari,berbincang hal2 acara yang besar bakal di buat.tidak kira di tempat parking mahupun di bawah bumbung juga.ternyata aku lewat,sudah selesai perbarisan anak2 seperti sediakala.aku puashati melihat mereka.lakukan tanpa fikirkan cikgu2.buat dengan tanggungjawab tanpa mata aku lihat di hadapan mereka.mereka sudah dewasa.hahaha!ya memang betul.majoriti sudah kenal akan dunia ikm dan mungkin segelintir yang aku gelarkan kanak2 ribena, perlu di cakap,dimarah,disuruh baru nak buat umpama penukul yang menekan paku.perlu masa untuk dibaiki untuk digilap menjadi sinar.

bermacam kata2 aku amati betul2 seharian ini.buat aku tersenyum,mengelopong mulut ternganga, hanya mampu sinis senyum baik dari percakapan sesama aku dari 7.20 pagi mahu pun 1 meja berkongsi 6 orang pada 6.00 petang.semua aku amati,hanya fokus pada mulut sekiranya bercakap pada teman2,amati mata apabila bercakap dengan aku.mungkin ada orang seperti aku.ada hari kita inginkan lihat apa yang ada disekeliling.dari serius hingga terbahak2 gelak sampai titis airmata semuanya ada di depan aku.

aku juga dari serius hingga ketawa.dari gurau bersama teman2 sekerja hingga masuk kedalam talipon.jadi road runner beli petrol akibat kehabisan minyak teman2.

alhamdu lillah,aku akhirnya tetap dalam penjawatan.bonus bagi aku rayuan kekal di ikm lumut ini berjaya.kenang 1 minggu yang lalu, sehingga petak otak aku,sampai tidak tahu mahu tulis apa pada HQ,sampai berserabut kepala otak aku tapi hasilnya bejaya.petang tadi,faks dari HQ sampai,aku kekal di lumut.syukur alhamdu lillah.jadikan 1 platform untuk aku tidak berhenti disini.harus tingkatkan kejayaan diri.belajar hingga dapat degree.hahaa!insyaAllah,aku apply bila keadaan reda (beserabut konvo bakal tiba) tapi aku yakin, serabut itulah buat kita fikir bermacam2,buat kita belajar kenal masalah.baru cukup garam dalam rasa.

lewat petang aku sampai di rumah.seperti biasa,fifi sambut aku di pintu setelah dengar honda prelude rim17" aku (moto honda c70) berhenti ditempat parking hari2.

Monday, August 3, 2009

Anak Saudara Aku









Balik kampung pagi sabtu.terus aku g suarasa di dataran ipoh.ada foto yang aku nak kongsi sama kalian tapi kemudian aku upload. entry ini untuk anak2 saudara aku.dah selamat lahir,2 orang.
1st : khalif rafael bin aznil (anak sulung kakak aku)
2nd : adni binti fakhizan (anak adik aku. no.3).
tahniah pada yanti dan fakhizan.rezki anak, tahun depan berangkat ke UK.boleh menempek, menyentel kat sana. kena kumpul duit ni..hahaha!
3rd : belum lagi (anak abg aku no.3)
4th : belum lagi (anak aku yang sulung)
5th : belum lagi (anak abg aku no.3)
macam tak percaya kan? kenalah percaya?
cucu hj.amir dan hajah azizah tahun ni jer 5 orang.
bayangkan rumah kat manchester (M.U boleh blah) aka manjoi bila raya. fuh!!!
alhamdu lillah, itu saja dapat aku panjatkan rezki yang tuhan beri pada aku detik ini.