Thursday, October 29, 2009

Engagement:Suliza&Irwan 18/10/10







Tahniah buat suliza aka aja dan irwan atas pertunangan mereka. bro azzahari pun dah ikut sama aku. belajar apa2 yang patut walaupun aku pun masih belajar lagi.cuba ilhamkan post dan angle yang baru. nampak jer nyumbang tapi sumbang.tulah aku..alan!
buat aja sekeluarga,aku mohon maaf jikalau ada yang kurang dan salah sepanjang khidmat aku menembak warga2 pada hari itu.tak mati2 aku tembak mereka.huhu!insyaAllah,minggu depan aku cuci gambar2 yang dah pilih. sini, aku letakkan sikit foto2 yang di adaptasi oleh aku dan azzahari.terima kasih pada azzahari juga dengan idea2 yang bernas sepanjang majlis tempoh hari

Monday, October 19, 2009

kenangan dolu-dolu

tempoh hari, aku duk belek2 laptop aku terutamanya softcopy. foto aku masa bujang2 lagi.hahaha!
pada teman2 selaku pembaca tenggar dalam blog aku, aku harus rekemen pada kamu semua mengenai satu menu yang paling lazat sekali.NASI KETAM. memang lazat. aku dah rekemen pada azzahari (pelitaminyaktanah) dan ayu.dua2 teman sekerja aku.berbaloi2 (bak kata rizalman dalam iklan celcom).

aku jika ke sana, sememangnya akan up nasi tambah 1 lagi.kadang2 berkongsi dengan awex aku dan sekarang ni dah jadi isteri aku.hahaha!

lokasinya . JURU,PENANG.





Tuesday, October 13, 2009

ragam orang,perihal ayam

kenapa ya apa yang semua yang aku rancang hari ini tidak menjadi? macam2 berlegar dalam lubuk hati aku ketika orang ramai bertanya bermacam2 pada aku. jika harus, aku belah badan ini, satu ke sana dan satu lagi ke mari.tapi tidak boleh begitu sebab fitrah semulajadi manusia yang dijadikan oleh tuhan.tidak boleh melawan hukum alam.

tapi apa yang aku faham, pepatah kita merancang tuhan yang tentukan tidak boleh pakai. apa yang dididik diperlakukan dalam kehidupan seharian. tuhan yang rancang dan Dia juga yang tentukan. kita hanya mampu usaha terpulang pada Dia nak bagi apa. tapi Dia maha pengasih lagi maha penyayang.takkan Dia tak nak bagi.

kenapa ya? aku bertanya pada diri aku..
buat teman2, mungkin tadi ada perkataan aku yang mungkin sinis yang bisa merobek daging lalu makan daging yang di siat2. jika makan hati, mungkin sedikit. alang2 makan daging.

teman2 mengadu domba sama aku.
mana ayam? takkan ni aja? ayam baru nak cari ke?

perkataan ayam buat aku jelik sebab aku memang harus dipersalahkan kerana sepatutnya tempahan yang di buat semalam harusnya ada ayam goreng beserta nasi goreng. apa yang boleh harus aku buat?

*diam*

aku terus ke kantin bertanya hal ayam. sememangkan rakan aku di kantin tersilap. maka di letakkan ayam yang di potong2 kecil ke dalam nasi. terus aku ke situasi yang aku cuba ceritakan didalam entry ini. aku ceritakan perkara sebenar. maka, hidangan di buka.

mana ayamnya?takder pun? itu ayat2 yang mula keluar dari orang2.

*tarik nafas*

terus terang, pengalaman ini aku tempuh dan terkena tempiasnya amat melantus apabila kita ini makhluk ciptaanNYA bersifat "baru" sentiasa melakukan kesilapan. ayat yang keluar buat aku masih ingat erti serta konsep syukur pada makanan.

aku : takpalah!yang ni tuhan nak bagi, kita makan lah. kena syukur dengan apa yang ada dari tuhan taknak bagi apa, baru padan muka.

ayat aku bila keluar atas apa yang berlaku buat aku malu dengan diri aku. malu pada teman2 dan juga orang2 didalamnya.

Monday, October 12, 2009

The Receptions Afrah & Hisham, Batu 3,Segari,Perak.10.10.09












Tahniah pada hisham dan afrah atas kenduri perkahwinan mereka pada 10.10.09. semoga anda berdua sentiasa mendapat lindungan rahmat Allah yang bertali arus, dilimpahi rezki Allah yang melimpah ruah serta bahagia hingga ke akhir hayat.
untuk teman2 ikm yang masih bujang..cepat kahwin woiii!cuba tanya pada hisham.mungkin ayat macam ni akan terkeluar"kalau tahu kahwin best, dah lama aku kahwin".hahaha!

Thursday, October 8, 2009

hati berkecamuk, jiwa kacau

hati mau kuat,kena ada asas yang kuat baru boleh bawa kapal belah laut tanpa ada rasa takut2.
landasan sudah ada,sudah tahu hala tuju mahu pegi tapi lupa mahu ikut serta. apa cerita?

sudah lama di landasan ini tapi tidak tahu lagi. apa yang mahu?

*diam*

kadang2 aku rasa tidak keruan atas segala persoalan yang timbul.
makin aku fikirkannya makin kusut berserabut kepala otak aku ini.
cuba leraikan simpulan cuma tidak tahu puncanya.

arghh!nak leraikan macam mana?celaka!punca dia pun aku tak tahu.
mata ngadap laptop, mahu buat kerja2 tapi otak, badan, anggota semua tidak ada pada kerja.

harus ada stand yang kuat untuk berdiri teguh. tidak goyang, tidak cabut dengan apa pendirian aku ini. bila kapal mula bergerak bila perahu mula ke depan tidak akan bisa untuk undur. landasan yang di cipta harus tahu dimana hala tuju supaya tidak nyesal kemudian hari.
biar angin halilintar tidak cabut akar yang kuat.

umpama simpang ditengah jalan atas landasan yang di perjuangkan. mana satu harus kau pilh?
pejam mata erat2.renung sambil merenung jauh dalam sudut hati. hati berkata-kata atas izinNYA.

aku kelam detik ini

*mengeluh tarik nafas panjang2*

Wednesday, October 7, 2009

Arissa Binti Azrul Ibawana Part#04









Sebelum dibotakkan..

Sebelum dibotakkan..

raya tempoh hari aku, aku abadikan mimik muka,telatah,tingkah laku arissa dalam foto aku. arissa dah pandai posing.hehehe!raya kali ini, kepala dah botak.alhamdulillah, aku cukur sendiri kepala dia.baru puashati.hasil tangan ayahnya. balik dari kampung, raya ke-4, arissa masuk ward. perasaan tak keruan hingga tidak lena mata untuk katup bila dapat SMS dari fiza yang dia on the way ke hospital jam 2.30am. masa tu, aku baru terlelap akibat layan EPL (aktiviti aku tiap2 minggu). sampai subuh aku tak bisa untuk katup mata lebih2 lagi handphone fiza bateri dah weak. lega hati aku bercampur sujud syukur atas nikmatNYA bila petang ahad tu, arissa dah tak demam.

alhamdulillah, kesihatan arissa dah kembali normal.pagi ahad tu jer yang dia demam. masuk petang, dah tak demam sampai lah boleh keluar petang rabu.khamis petang, aku gerak balik kampung, giliran aku pula jaga arissa setelah ibunya beracah jaga selama 3 malam di ward.

foto kali ini, aku shoot masa dia dah botak. dalam raya ke-4. arissa dah tak takut dengan kamera aku. mungkin dia dah biasa tengok ayahnya duk pegang. mula2 mungkin dia berfikir, "pe benda ayah aku pegang ni?" "pe benda lampu terang?"(akibat dari lampu denyar ayat dari ted adnan-lampu denyar=flash).

Tuesday, October 6, 2009

aidilfitri 2009 at kuala kurau, perak





raya pertama kali aku di kuala kurau. petang raya, aku shoot gambar anak2 buah aku.raya tahun ini bermakna,alhamdulillah..ada anak.hahaha! aku beraya di kuala kurau sampai raya ke-4. petang raya ke-4, aku balik ipoh pula tapi lone ranger.sorang2 jer.sempat lah beraya rumah kawan2 dan adik beradik aku.