Tuesday, June 2, 2009

Teman Dalam Berteman

Teman dikala senang cukup senang hendak mencari tetapi teman didalam kesusahan tidak semuanya ingin berteman. Jika diberi kerja semuanya tidak mahu untuk membuat kerana bilang akan keadaan yang sibuk. Adakah sibuk itu sekadar buat2 sibuk? Adakah sibuk itu sehingga tidak ada masa? Timbul persoalan didalam benak kita semua. Erti tidak ada masa itu akan terjadi apabila hendak buang air kecil sekali pun tidak ada masa. Hah! Itulah yang dikatakan tidak ada masa dan betul2 masa itu dibataskan dengan sibuk yang teramat. Tidak enak untuk kita menyatakan apa kerja yang dibuat sehingga perkataan sibuk itu senonim ketika ini. Percaya akan usaha yang kita buat, maka terhasil kejayaan dari apa yang di usahakan.
Konsep teman dalam erti kata lain sahabat itu adalah apabila diri kita ini betul2 tidak ada apa2 jurang diantara satu sama lain. Dikala kita dalam kesusahan, kita tidak ada pun sama sekali perasaan ingin menyusahkan teman kita ini apabila kita tahu yang kita inginkan pertolongan dari dia. Sama juga dengan teman yang menolong itu, dia akan rasa cukup dihargai kerana ada dikalangan kawan2nya yang inginkan pertolongannya dan teman yang sejati itu sanggup untuk menolong sedaya upaya takat yang termampu. Balik pada asal, kita usaha kita dapat tetapi jika kita tidak dapat juga ternyata usaha itu tidak cukup untuk kita dapatkannya. Kena usaha lebih lagi. Pertolongan yang datang itu tidak kiralah dalam bentuk apa sekali pun. Perkara kecil seperti sanggup meminta tolong untuk mengambil di stesen bas di kala waktu seawal pagi embun masih hinggap di pucuk dan dedaun pokok dan sahabat itu sanggup bangun untuk mengambil dikala enak dibuai kesejukan dan keheningan seawal pagi. Itu adalah segelintir kehidupan yang kita mungkin tempuhi.

2 comments:

Anonymous said...

takpe bro.
yang penting kita ikhlas.
tak harap pe2 balasan.
baru seronok berkawan

pelitaminyaktanah said...

bro,
kedai dlm semak yg kite beli nasi lemak time akhir-akhir bulan sewaktu kita muda remaja dulu dah xdak dah..
hmm..
begitu cepat masa berlalu..