Monday, June 22, 2009

Sepetang di Kg.Sg Baru, Kuala Kurau, Perak

Sepetang aku bersama isteri yang tersayang. niat di hati ingin berkubang didalam air. bukan istilah berkubang macam kerbau ya.haha! aku ingin lepaskan geram aku dengan aksi lagak ngeri, melompat dari tebing hingga menerjah badan aku ini ke air. tapi apakan daya, air yang aku harapkan setinggi paras dada aku tidak sampai pun ke betis aku. orang kampung dah nak mula tuai padi. kenalah tunggu padi mula tumbuh. busuk2 bulan 12 baru boleh lepaskan geram aku ni. masa zaman kanak2, seronok tak terhingga berkubang ni. petang tu, aku dan wife lepak2 kat ban pecah (port orang luar datang dan lepak2 sambil makan macam2.ada rojak, char kuey teow dll). aku tak lepaskan peluang aku nak cari angle yang terbaik untuk wife aku buat aku tembak dia pakai kamera aku. hadiah dari tembakan aku ni, aku kena gigit pacat. sampai 2 ekor naik ke kaki kiri aku. 1 ekor aku dapat rasakan.tapi 1 ekor lagi berjaya menyelinap sampai hisap darah aku.baik punyaaaa!duk kat celah jari kaki aku. sedar2 dh meleleh darah aku.

p/s : bila anda kena gigit pacat, cari abu rokok. gaul dengan sedikit air. tempek atau tampal pada tempat yang kena gigit. insyaALLAH, darah akan berhenti. petua dari orang2 tua. aku berjaya berhenti darah aku.alhamdu lillah.






5 comments:

My Blogger... said...

view is good

CADPHOBIA said...

chantek...

cadphobia said...

alan, kalau Nissin Di622 ok ke?

pelitaminyaktanah said...

perrghh..
mantooopp!!

bard said...

aku rindu kat kg aku...rasa mcm nak balik ajer minggu nih..Parit Hj Manan,Kuala Kurau perak....