Cahaya yang menyinari aku selama ini tidak aku tahu ianya berharga dikala kelam. Langsung aku tidak hiraukan akan kenikmatan cahaya itu. Aku tidak peduli dan hanya sekadar cahaya dikala aku tidak endahkan. Biar dijalan yang diatur, aku hanya sekadar tersenyum dan hanya tidak ngerti akan apa akan terjadi. Aku rasa amattt sedih dikala aku tahu pada masa dahulu ianya berguna bagi aku. Umpama cahaya ini di ibaratkan asas bagi aku untuk bertapak. Selama ini aku tidak tahu langsung tahu akan nikmatnya, aku tidak peduli akan kebaikannya, aku tidak tahu ianya bersinar dikala aku amat memerlukannya. Aku tidak ngerti diluar sana nampak cahaya. Saat begini buat aku amat pilu bila tahu cahaya itu malap dan aku tidak mahu cahaya terus hilang. Cahaya tidak dapat menyuluh aku lagi. Cahaya aku tidak bersinar pada ketika dahulu bercahaya sinar. Aku rindukan dan sayang akan cahaya yang dulu. Tersedar aku buat aku pilu akan detik2 yang membantu aku dikala mencari erti perjalanan. Bintang2 dilangit dikala malam amat cantik dan bersinar tetapi ada 1 yang tidak kelihatan untuk melengkapkan malam yang indah. Aku mencari dan terus mencari disebalik persoalan yang bermain di fikiran dan sudut hati aku yang paling jauh ini. Kenapa ya, bintang itu tidak dilihat? Kenapa ya? Dimana bintang menghilang? Silap aku. Bintang itu ada tetapi tidak kelihatan. Sungguh2 kita mencari tetapi tidak dapat dilihat. Sedih yang teramat buat aku mencari dan terus mencari. Aku berharap sinar cahaya bintang akan bersinar kembali. Menyinari aku ketika aku memerlukannya. Aku berharap atas harapan agar dapat teruskan perjalanan. Dikala kelam, alasan bermacam- macam, tetapi hanya sekadar omong2 kosong. Anggap perkara itu remeh, anggap perkara itu satu jurang, satu yang jurang besar yang perlu aku robohkan. Kini, baru aku tahu atas kekhilafan diri aku. Tidak fikirkan ianya sekadang kosong semata- mata alasan itu. tapi aku harus kuatkan semangat agar aku dapat kembali cahaya itu. Cahaya yang buat aku terus berjalan dan aku kini tidak kisah bermula dari merangkak mahupun apa sekali pun tetap aku mencari cahaya.
Pilu aku ini sukar utk aku luahkan. Hanya aku saja ngerti tetapi aku tidak ngerti perasaan aku ketika ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment