Wednesday, November 18, 2009

Ford Escort


mungkin anda ada nostalgia akan sesuatu benda?tidak kisah lah apa benda itu sekali pun, pabila anda lihat pasti akan teringat hal masa lalu. sekelumit di hati, anda akan rasa seronok terus akan mahu saja kembali ke zaman itu atau anda rasa sedih atau bengang mahupun sakit hati bila lihatnya akibat memori hitam masa lalu.
tetapi hakikat yang ingin aku nyatakan didalam entry ini adalah nostalgia aku masa kanak2 sekitar darjah 6.masih seronok buat sesuatu perkara. tidak takut hanya fikirkan mahu mencuba, mahu tahu apa yang ada dan macam2.
foto yang ada ini, buat aku terkenang akan kereta milik ayahanda. ford escort. cuma, kereta milik ayahanda, hanya berkapasiti 1300cc. kenapa aku mahu kereta ini setelah sekian lama lenyap di bumi permata akibat pada masa dulu tidak tahu ada nostalgianya? dalam inggeris, sentimental value..
idaman ini sudah lama aku impikan cuma tidak kesampaian kerana aku tidak ada kereta lagi. kini, aku berasa mahukan ford escort ini. ramai yang bersuara pada aku.
"buat apa kereta buruk?kereta europe ni payah nak cari spare part?
ya, memang benar, sekali patah side mirror mahupun pecah cerminnya, satu tanah jawi ini harus aku cari cuma sekarang ini zaman era teknologi. cuma klik saja dalam mudah.my. tapi jika nasib tidak baik, memang satu haram tiada spare part.
aku jadikan ford escort ni nanti, 2nd car aku. kembali pada nostalgia aku masa kanak2. ayahanda bawa ke mana-mana. tidak ada air cond, tidak ada apa2 cuma udara yang nyaman di hirup sekiranya cuaca nyaman dan akan terasa peluh menitis di dahi akibat panas yang terik. semua itu aku boleh nyatakan dalam entry ini cuma tidak dapat aku beritahu semuanya.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah bro...mari mari meriahkan bumi msia ni dengan ford escort.......olskool ford never dies....ehehehe