Sunday, December 20, 2009

Man U kena LAUK!


(muka tak pueh hati bila kalah, muka merah beb bila tinggal 10minit terakhir, macam b**i dah)

semalam tak sia2 aku berjaga sampai 4.00 pagi. nak tahu apa dia?

pertama:

aku saksikan kekalahan Man U. team yang memang aku tak suka dari kecil lagi.(maaf ye, peminat2 aka die hard fan Man U). itu realitinya. EPL ni aku didedahkan masa aku kecik lagi.

aku terikut2 budaya beli majalah SHOOT dek along aku. aku pun taktau macam mana along aku ni fanatik gila pasal EPL ni. jika dulu, aku pun tak tahu currency duit tanah jawi ini dengan penjajah mat salleh berambut perang masa along aku beli majalah2 ini tapi memang penuh bawah katil. sayangnya, masa aku tidak hargai majalah2 itu, ibu aku telah buang ke semuanya. sampai hari ini, kalau tersimpan lagi majalah2 itu, mungkin dah boleh jadi muzium. seingat aku, aku duk belek2 majalah itu hanya tetapi gambar2 bruce grobbelaar, beckham masa itu jambu gilerr,haha!kenny danglish dan lain2.

kedua:

arsenal menang bergaya 3-0 dengan hull city. ketika mula2 aku baca shoot, aku suka pada liverpool tapi entah kenapa bila dah meningkat remaja bertukar dari seluar biru tua kepada hijau tua, aku suka pada arsenal.hahaha! tapi takper, liverpool tetap aku sokong sebagai 2nd team aku. arsenal malam tadi main macam hampeh juga sebab al maklumlah, pure striker tarak ada. harapkan eduardo (nasib baik dia score semalam). bak kata kawan aku saudara roslan, baloq ayam (perkataan bodoh, dungu).

entri ini aku ingin bertanya, kenapa ye sir alex furgeson masukkan player2 yang bukan 1st team dia? memanglah, alex furgeson ini buat sistem giliran pada player2 dia. yelah, team yang ramai player yang boleh diharap. tapi semalam, carrick dan fletcher boleh pulak main defend. dah jadi caca merba. dia ingat boleh belasah team2 ceroi macam fulham, sebab tu dia buat percaturan macam tu tapi ternyata, malam tadi memang kena belasah. hahaha! pe boleh buat, bila team2 yang kalah, tiada pun satu SMS aku terima lewat malam tapi bila team aku kalah macam dengan chelsea tempoh hari, 3 orang SMS aku. punyalah ramai bertalu2 tengah malam tu.

arini, aku sempat perli kawan2 aku yang memang SMS aku malam kekalahan arsenal dengan chelsea. pe lagi, aku pun tanya. "aik, senyap jer? time arsenal kalah, hang bukan main massage aku, bertalu2. tapi bila hang kalah, senyap jer. kawan aku sorang ini, penyokong tegar liverpool.

bila aku tulis entri ini, hati aku ketawa dan senyum bila kenang teman2 yang suka bola ini termasuk lah diri aku ini. semua itu, buat kita rasa seronok, tertawa bila berjumpa. hehehe!

best sangat.

2 comments:

chegu izwan said...

wah2...membakar nampak?m.u blom dapat semangat krismes lagi bro.hahaha!

alanamir said...

haha! sja jer nk kasi bakar sebab geng2 lain start bakar aku dulu