Monday, December 7, 2009

penangan sketch up





kenapa ya orang tidak mengerti akan ilmu yang bermanfaat? dalam kita hidup ini bermacam2 kita salurkan samada ianya ilmu mahupun apa jua material yang kita miliki dan seumpamanya. apa yang kita tinggal setelah roh meninggal kan jasad? pertama, amal jariah kita. kedua, anak yang soleh/solehah. ketiga, ilmu yang bermanfaat.
sketch up satu software di mana aku belajar melalui youtube saja dan hasilnya yang tidak seberapa tapi bagi aku berbaloi. aku sertakan dalam entry ini.

terima kasih kepada teman aku. bro wan atas kesudian beliau maklumkan pada aku kekosongan yang ada pada kursus yang selama 5 hari bermula pada hari ini hingga jumaat. terus aku telefon pegawai yang di berikan melalui SMS. terima kasih juga aku ucapkan kepada yang pegawai tersebut atas keprihatinan beliau memanjang permohonan aku ini.
bagi aku, ini satu peluang untuk aku mengacah bakat aku dalam dunia senibina iaitu satu seni yang aku perlu asah selain fotografi. selama 3 tahun aku bergelumang dalam senibina, hanya tidur 2 jam dalam 3 hari sehingga rabak biji mata ini macam orang penagih dadah, konsep rumahku studio ku, dah tidak lupa moto aku semasa belajar. KELAM.
sudah perkara biasa, bila ada saja protokol yang mungkin menyenangkan pada satu pihak tapi tidak adil bagi satu pihak lain. tidak fikirkan jangka panjang hanya sekadar tidak mahu menyusahkan kemudian hari. aku pelik sama orang. kenapa perlu ada birokrasi jika tidak ada siapa yang mahu tampil mengisi kekosongan. jika ada, syukur alhamdulillah, orang itu sudah sampai rezekinya untuk belajar tapi jika tidak ada satu pun makhluk ciptaan tuhan ini yang mahu, kenapa perlu ada hirakinya. rugi aku rasa, bayar kesemuanya dengan ada satu kekosongan. cittt! bukan duit aku pun. tapi jika benar itu yang terkeluar bait2, aku tidak mahu cakap apa2. hanya pembaca saja yang boleh menilainya.
mereka lihat kerja sekarang ini bukan kerja selama 4 tahun sebelumnya. tapi apa boleh aku buat, tidak mahu panjangkan perkara ini, aku pendekkan saja perbualan. aku ngerti dan faham akan matlamat utama kursus ini yang mana peserta2 akan salurkan ilmu yang bermanfaat ini pada anak2 yang dahagakan ilmu. kita sebagai pendidik harus mencorak keberkesanan di mana kita mahu macam mana.
insyaAllah, sampai rezeki aku, akan sampailah dan aku tidak malu untuk bertanya pada siapa2 akan ilmu yang cetek dalam diri aku untuk aku belajar perdalaminya.
seronok bila kita dapat kongsi ilmu yang tidak seberapa ini pada orang lain dan kita kagum akan kebolehan dan nikmatnya apabila kita lihat hasilnya melalui penglihatan mahupun kefahaman. apabilan kita berkongsi akan satu2 perkara secara tidak langsung ianya mempertajamkan ingatan kita dan mungkin kita dapat benda yang baru hasil perkongsian ini.
hari2 berlalu buat aku tersenyum bila kenangkan apa yang kita lalu, kita rasa marah, kita rasa gembira, kita rasa sayang, kita rasa suka. itu semua jalan2 yang harus kita tempuh buat kita dewasa dalam hari menimpa. bintang2 di langit bukan semuanya menyerlah, cantik pada pandangan kita. harus tahu tidak semuanya bercahaya.menerangi malam yang gelap gelita. terbit fajar, bintang pun hilang. bakal matahari menyinar dalam gelap hingga terang.

4 comments:

Norizwan Azlan said...

ni kalau nak sketch muka orang bole tak bro?

cadphobia said...

bnyk jgk yg dipleajari kt sini.... sblm ni aku buat sketch up cara bodo je. tp ok le kot sikit.....nanti aku ajor...tp pengerasnye Biryani23jam..heheheh

alanamir said...

chegu izwan:
boleh jer bro!muka pun boleh.yang penting, aku puas bila aku luahkan dalam blog ni.hehe!

cadphobia:
terima kasih byk2. hahaha!boleh jer. takkan briyani apalah sangat. yang penting ilmu tu.hehe!
aku harap, wati baca luahan aku ni.
pada wati. aku hargai ko sebab take's note benda ni.

Norizwan Azlan said...

cantit gak tu bro. leh aku terai2 sketch muka orang. mana mau dapat itu barang panas?