perkara yang mungkin buat kita rasa puas dan bangga apabila bertemu anak didik yang boleh aku ertikan adik2 aku. hari terakhir mereka di dunia ikm ni buat aku bangga atas apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dan apa yang aku tahu. semuanya atas pakal pada hati kita. mereka masih ingat perihal aku ketika aku marah akan mereka. yang aku tahu, apa yang keluar dan terpancul dari mulut aku tidak lain tidak bukan hanya untuk diri aku yang manusia bersifat baru. tidak pernah lari dari melakukan kesilapan erti kekhilafan.kalanNYA hanya dipinjamkan sebentar pada aku. itulah yang menjadikan mereka ini manusia. cuma aku kadang2 lihat mereka ini kanak2 rebina perlu didik dengan cara yang betul. tidak perlu marah2 hanya perlu di buat lembut tetapi keras dalam hati.
aku masih ingat (ketika aku meletir bak ibubapa bak ibunda mereka mahupun ayahanda)
aku : awak semua takut tak pada saya?
mereka : tak cikgu! kami tak takut (hati tersentak ketika marah sudah reda)
: kami tak takut tapi kami hormat cikgu
terus, aku rasa itulah nikmat yang terbit biru jingga dalam hati ini pabila yang terkeluar dari bait kata mereka adalah yang ikhlas lahir dari jiwa yang luhur.
dari semalam, ramai yang ingin jumpa aku. macam biasa, istilah aku. GRADLUS. grad dan berambus dari IKM. kasar bahasanya, tapi tiap2 kali aku hembuskan perkataan ini pada mereka, mereka ketawa riang. faham akan perihal aku. rata2 dari mereka pada semester 1, semuanya tidak suka keadaan alam sekeliling dunia mereka pabila menjejaki bumi IKM ini. aku yakinkan mereka, akhir nanti kamu semua akan suka dan sedih tinggalkan dunia kamu duduki sepanjang 3 semester ini. ternyata, semalam mereka iyakan kata2 aku pada mereka pada awal2 semester.
*tarik nafas*
semalam juga hari2 terakhir adik2 aku sebelum mereka keluar ke dunia yang lebih pancaroba. kata2 aku pada mereka harus dijadikan pasak yang jitu agar tidak goyah di kala kita lihat awan ribut mahu menghembus.
"kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan yang dalam"
" jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
ayuh!kita akan tahu walau kail sejengkal mana2 laut sanggup kita duga dan jangan takut untuk membina rumah di tepi pantai, jangan gusar jangan takut akan ombak yang bakal melambung rumah kita. (nasihat pada diri aku juga kerana aku baru saja berjalan dan mengenal perjalanan yang telah di aturkan ini)
seronok aku bila lihat mereka berjumpa dengan aku. aku tidak mahu apa2 cuma aku seronok melihat mereka berjaya. itulah kepuasan seorang yang mengajar seperti orang2 lain di sana sebagai pengajar tidak kiralah sapa pun mereka tetap di gelar pendidik.
ada juga SMS yang hadir dalam telefon bimbit aku yang mereka mohon maaf atas kesalahan mereka pada aku semasa mereka ini di IKM. semua itu aku maafkan kerana kamu inginkan dan aku juga mohon maaf atas kesalahan aku terutama percakapan aku ketika hati ini di kuasai nafsu marah.
mereka faham akan aku.. mereka mengerti aku perangai aku..mereka malu apabila bila perlaku.
apa yang keluar dari mulut tidak lain tidak bukan untuk aku bawa untuk bekalan masa depan.
bukan untuk mencerna, bukan mahu untuk mengherdik
hanya ibarat menatang minyak penuh
perlu di buat dengan penuh tertib
akan kepuasan terbit dikala hasil menjelma
diri sendiri yang tahu
melihat hati muncul sinar
tidak boleh di ungkai
hanya tahu apabila ia rasa
kita tahu akan nikmatnya
semalam kau hadir dalam hidupnya
buat aku tersenyum seperti selalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cayalah cikgu.pe2 pun, terima kasih atas nasihat dan ilmu yang cikgu berikan. semoga jasa baik cikgu, diberikan ganjaran dariNYA.
amin.
anak murid cikgu
cayalah cikgu,wlpun kitaorg dh gradlus...jasamu dikenang hingga ke akhir hayat...
wah, cikgu baik punyeeeerrr....
Post a Comment