Monday, September 7, 2009

ke mana aku menghilang??

entry terakhir aku, konvokesyen ikm lumut pada hari rabu 19 Ogos, 2009. khamis aku MC, badan melantus.pukul rata semasa konvo.petang khamis, student aku ramai telefon dan sms pada aku bertanya berkenaan cuti sampai 31 Ogos akibat H1N1 dah melanda ikm lumut. aku tidak boleh jawab pertanyaan mereka, cuba bertanya pada khahar. belum sempat aku call, khahar sudah war2kan pada aku dalam handphone dia. sengaja bergurau senda sama aku, minta aku kerja hari jumaat.hahaha!toya punya khahar! ingat aku tak tahu.tapi, aku ucapkan terima kasih pada kawan aku sorang ni sebab maklumkan pada aku. aku balik ipoh puasa ke-2 sampai puasa ke-4. puasa ke-5 balik rumah fiza di kuala kurau. 3G tarak dapat, tak boleh nak berkongsi cerita.

pulang ke ipoh, pada hari ahad, 30 Ogos. pulang ke manjung sempena hari kemerdekaan ke-52. pagi selasa, 1 September, kerja macam biasa tapi balik awal. jam 9pagi dah berambus dari pagar ikm. fiza dah nak bersalin.

1 september, 2009 jam 7.12petang, arissa selamat lahir ke muka bumi ini. alhamdu lillah. dari tengahari aku tunggu. jam 6.30pm, aku masuk ke bilik bersalin. aku nak rasa keperitan seorang ibu nak lahirkan anak walaupun aku sebagai lelaki tak merasa. tapi aku pegang dia betul2 untuk teran atau bahasa lain mungkin meneran atau push dalam inggerisnya (jururawat minta aku cakap pada fiza juga). aku suruh fiza buat aku juga buat.hahaha!sesak nafas aku juga lihat fiza teran aku juga teran. arissa selamat keluar, aku sebagai ayah jalankan kewajipan. azan dan qamat ditelinga arissa. syukur pada tuhan atas nikmat dan pemberianNYA. terus mengadap, solat maghrib beserta solat sunat tanda syukur pada DIA.

2 september 2009, rabu. fiza dan arissa dah boleh keluar. jam 4 petang gerak balik rumah. bermula episod baru dalam hidup aku. semua aku buat kecuali nak mandi arissa je yang aku masih kekok sebab tali pusat arissa belum putus lagi. mak mertua aku yang mandikan.selesai mandi, aku pakaikan pakaian arissa. hari- hari proses yang alami lebih kurang sama. tapi seronok tinggal di kampung fiza. keliling sawah padi, permandang cantik cuma aku tidak kesempatan nak tembak lagi pakai kamera aku.insyaAllah, akan tiba masa, aku akan tembak kemudian.

7 september, 2009, isnin.aku gerak balik ke manjung setelah keputusan kuning arissa turun.keputusan,4.alhamdu lillah.senang hati aku nak tinggalkan dia dengan fiza.fiza pun dah sembuh skit.dah boleh buat kerja2 yang sebelum ni tak boleh nak buat. sampai manjung, baru boleh online. rentetan ini adalah cerita aku selama lebih kurang 2 minggu menghilangkan diri. mungkin bila aku dah berusia, aku baca entry ini, aku akan senyum sinis mengenangkan apa yang terjadi 2 minggu ini lebih2 lagi 1minggu yang terakhir.

gambar akan aku upload kemudian. penat beb!!

3 comments:

Anonymous said...

tahniah bro!
jgn lupa upload gambar arissa..









pelitaminyaktanah.

Bro Lan said...

congarats bro...... letih jadi bapak...???? sementara je tu bro........!!!!!!!!

bard said...

udah jadi bapak..tahniah..selamat la..tak tido mlm...hehehehehe