Tuesday, August 11, 2009

Beradatkah Kita?

Hari ini merupakan hari yang agak malang bagi kami bertiga (penulis, pemilik blog dan juga seorang lagi rakan sekerja). Setelah bekerja berhempas-pulas berbulan-bulan, satu majlis yang agak besar untuk kami akan berlangsung kira-kira semingu lagi. Hari ni kami menghantar kad-kad jemputan kepada para VVIP yang dijemput untuk menghadiri ke majlis berkenaan.

Selepas kami bersarapan pagi, dengan cerianya kami pun pergilah ke pejabat seorang VVIP ini yang secara amnya dilantik oleh Sultan. Memang tak dinafikan kami penjawat awam kebanyakannya datang dari pelbagai pelusok Negara. Oleh yang demikian, sememangnya adat istiadat istana ini memanglah jauh dari penghidupan seharian kami. Menyangkakan dapat bertemu dengan wakil sultan ini seolah-olah suatu yang baru dan istimewa bagi kami.

Setelah berurusan dengan setiausaha/keraninya, kami pun masuk. Setelah pemilik blog member salam sebanyak dua kali barulah dijawab. Itupun dengan nada yang kurang sedap didengar. Kami dengan tidak semena-menanya diherdik dan ditempelak oleh wakil sultan terbabit. Kami dikatakan tidak beradap dan beradat. Dia memaklumkan bahawa bukan kami yang sepatutnya datang menjemputnya, tetapi pengarah kami. Dengan nada yang tinggi dan separuh menengking, dia memaklumkan bahawa Pegawai Daerah juga datang mengadapnya untuk menjemput bagi sesuatu majlis.

Dia juga mengherdik kami sebagai kakitangan bawahan tidak layak datang menjemput dan mengadapnya. Dengan nada yang kurang menyanangkan, dia memaklumkan berkali-kali bahawa kami dan kebanyakan orang-orang di kawasan kami ini bodoh dan tidak tahu adat. Dia memberitahu yang dia tidak mahu hadir dan mencampak kad jemputan yang kami hantar. Dia juga memberitahu akan memaklumkan perkara ini dalam majlis-majlis lain.

Kami hanya mengiya dan mengangguk sahaja. Kalau diikutkan hati sememangnya banyak ulasan dan komen yang ingin kami balas. Tetapi memandangkan masa dan juga menghormatinya sebagai orang yang lebih tua, kami hanya mendiamkan diri sahaja. Kami keluar dengan terkejut, marah dan sakit hati setelah diperlakukan sedemikian.

Untuk renungan; sebagai wakil sultan atau wakil orang-orang atasan, bukankah suatu kewajipan untuk mereka menerangkan dan menjelaskan sesuatu protokol sekiranya ada, dengan nada dan cara yang beradap dan beradat kerana tidak semua orang tahu akan protokol sedemikian. Dan kawalan serta nada suara yang baik bagi mengelakkan dari kedengaran menengking atau menempelak, apatah lagi apabila berhadapan dengan individu yang bukan kakitangannya sendiri, kerana ini akan membawa imej yang negatif dan lebih mendorong masyarakat untuk tidak membabitkan wakil-wakil diraja ini dari menyertai majlis-majlis mereka.

Sebagai orang beradat dan beradap, perlakuan sedemikian adalah kurang beradap dan beradat. Tetamu tidak dipelawa duduk dan salam tidak disambut dengan segera. Mengherdik jawatan seseorang itu seolah-olah sungguh rendah dan hinanya jawatan yang dipegang oleh kami. Setidak-tidaknya, kami bekerja dengan jujur dan amanah. Sebagai orang yang memenang amanah sultan, rakyatlah sepatutnya didahulukan dengan tidak memandang jawatan mahupun darjat seseorang. Wakil sultan ini kedengaranya cukup tinggi pangkat dan darjatnya sehingga kami pun tidak layak untuk datang menghantar kad jemputan.

Setinggi manapun jawatan dan darjat itu, Yang Maha Esa jualah yang paling agung. Namun tidak pula ada sekatan atau tegahan yang menghalang sesetengah yang berjawatan rendah dari mengadap-Nya. Malah, semua mempunyai hak dan keistimewaan yang sama, Sultan mahupun kuli.

Bagi orang-orang atasan mahupun wakil-wakil Sultan, ingatlah, anda hanyalah perantara. Membawa suara rakyat dan memeprjuangkan hak rakyat. Dengan memperlaku dan memperlekehkan kedudukan rakyat, samalah anda dengan mengabaikan amanah yang dibahukan kepada anda. Sedangkan Sultan dan Raja juga sujud kepada tuhan yang sama, apatatah lagi anda.

Rasionalnya, rakyat sememangnya tidak tahu akan adat dan protokol diraja. Andalah yang sepatutnya mengambil inisiatif untuk memartabatkan institusi diRaja ini. Dengan herdik dan tempelak akan menyebabkan rakyat akan semakin meminggirkan dan membelakangkan institusi DiRaja ini. Dengan melempar kad jemputan tidak akan memudahkan penerimaan protokol sebegini malah akan menyebabkan rakyat semakin membenci jika tidak kepada institusi DiRaja pun tetapi kepada wakil Sultan ini. Jika anda juga seolah-olahnya tidak beradat dan beradap, masakan ingin orang mengamalkan adat dan adap terhadap anda. Ingat, adat dan adap budaya Melayu bukan hanya kepada institusi DiRaja sahaja, malah terhadap sesama manusia
.
Renung-renungkanlah,

Bapa borek, anak rintik.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Nukilan;
ArjunaDewasmara

buat teman2..jadikan satu pengajaran buat kita supaya tidak hilang pedoman di hari murka. pesanan dari orang2 tua.

janganlah kamu berpangkat pada takhta
janganlah kamu berpangkat pada wanita
janganlah kamu berpangkat pada harta.
pangkatlah kamu pada Allah.

hendak aku sembur dengan perkataan sinis tapi tidak mahu pikirikan masa kelak.jika aku tidak bawa nama kerja, mahu saja aku bercakap atas nama aku bangsa melayu, yang di didik dek guru serta anak pada haji amir bin sulaiman dan hajah azizah binti nikka.

sombong dah bongkak tidak terkata umpama cakap itu milik sendiri walhal kalam itu seharusnya milik Dia yang maha kuasa.
tidak ada ada yang sehebat dari Dia.kita ini hamba yang mungkin berada disisiNYA.semua sama umat manusia.ciptaan dari adam dan hawa. jangan perkata sesedap rasa, esok lusa kau berada disisiNYA juga.

3 comments:

cadphobia said...

takbirrr.............kalau aku....ntah le...aku belah wat bodo...bior lagi kurang hajar....

Norizwan Azlan said...

peh,serius bikin panas perangai dia ni.gua harap dia baca semua isi hati lu bro.gua betul2 tersentap dengan kata hati lu ni bro.

alanamir said...

cadphobia: aku boleh blah,tapi pikirkan hal kerja ja.jika tau,mahu aku berdebat dengan dia.sapa yang dasat.dia atau aku.kalah takpe bro!janji mau lawan!hahaha!

chegu izwan:terima kasih bro wan!kadang2 aku ketawa dalam hati lihat perangai manusia begitu.hati panas membuak2 tapi pikirkan bawak nama ikm ja.kita rendah diri cakap elok2 tapi kalo tak,aku peduli apa,yang mana hak,yang mana batil.risau dia tak tahan ayat aku ja nanti.hahaha!