Tidak tergambar aku lihat kepuasan dari riak wajah semua didalam dewan.baik dari muka muka yang bengis, penuh misai di atas bibir mahupun janggut yang mengurai bahkan dari kosong telanjang tiada yang menyimpannya
Semua takut, gusar akan hari yang bakal berlangsung.mengadu dombar sama aku akan perasan gundah gelana. Alan mahupun azrul ataupun rul saja..permulaan kata luahkan hati pada aku.aku takut lah,konvo nanti tak jadi...aku risau lah,macam mane dengan konvo nanti yer?banyak yang tak cover ni..sebahagian ayat2 mahupun SMS pada aku membisik lalu telinga mahupun mata yang membaca aku terus ke hati aku.
Kita Usaha Kita Dapat.Tapi kalau Tak Dapat,Pasai Apa?Ternyata Usaha Kita Tak Cukup Kuat lagi.Kena Usaha Lebih.
dari pencacai grukha mabuk jadi runner,tukang basuh pinggan mangkuk yang kena hayun,sampai kena cakap sebagai kapla untuk familyday..semua itu asam rencah kehidupan yang belajar jadi apa yang kita mahu Itu faham aku.aku yakin,apa yang jadi hari ini atas usaha semua orang.semua sudah tahu tanggungjawab apa harus buat.bukan kerja mudah,harus persiapkan segala2nya mula dengan 0.
7 bulan atau 8 bulan persiapan dilakukan.bermacam2 kerenah,provokasi mahupun yang bodek mengampu punggung,bontot sapa2 saja dirasa perlu.dari penyabar terus meletup sehingga merah menyala telinga,dari tak tahu terus tahu sampai muntah hijau fikirkannya semua itu pengalaman yang cukup indah buat semua.
Hilang suara akibat herdik lantas arahan yang ingkar dari teman2,terpekik sana sini dalam luar dewan,peluh mencurah membasahi baju ibarat berlari kalahkan usain bolt dalam 100m.turun naik,ke depan ke belakang,kejar kesana dan kemari semuanya dapat aku lihat aku amati.
Mungkin sebahagian tidak rasa apa yang kita rasa.hanya lalui melewati dewan mahupun sekadar lihat dengan mata yang serong ke tepi, hanya ketawa gelak membisingkan suasana dalam pejabat akan beracah,kelam kabut,tak tentu hala,berterabur,melantus dengan perangai tingkah laku kita 7-8bulan ini.lebih2 lagi waktu singkat untuk konvo ini.umpama tidak tahu apa yang berlaku.sehingga orang tertanya konvo bila,masih terpinga2 tak tahu.
Buat teman2,kita rasa apa yang orang lain tidak rasa.perasaan itu tidak boleh di ucap.petang itu,hujan turun amat halus ibarat titisan tanda selesai. Mungkin yang ada sehingga lewat petang,akan lihat sang mentari yang rebah ke bumi itu berwarna jingga.cukup indah kejadian tuhan itu.merembes cahaya jingga dicelah pohon2.asyik aku dengan suasana itu.buat aku terpesona tanda usaha kita sudah selesai dan menutup hari itu dengan satu kejayaan.
Kepada teman2 yang tidak dapat rasa apa yang kami rasa,cubalah untuk merasanya.bukan kerana susah dikala ada masalah tapi carilah kejayaan bila masa sudah tiba.terpancar biru jingga.
ada masanya aku penat
ada masanya aku kuat
ada masanya aku marah
ada masanya aku gembira
rancah konvo bagai roller coster
bila2 boleh naik dan turun
susah senang bersilih ganti
biar obesesi mendiamkan diri
tak lari dari mata
aku tau penat semuanya
tidak semua yang dapat rasa
kepuasan hati ini terpancar
bila lihat semuanya berjaya
aku harapkan semua orang merasa
apa yang aku rasa
dari muka sorang2 aku tenung
tenung sambil merenung
biar peluh basahi pipi
baju basah belakang sampai celah ketiak
ayuh teman2
jangan takut
kerja sama2 dapat rasa kepuasannya
petang itu hujan lembut curah bumi
tanda syukur semuanya berakhir
rumput yang bergoyang segar
sang mentari pancarkan sinar
sinar itu percik dari pohon2
bias mencurah mata
aku lihat indah sekali
ada sang mentari disebalik daun2
kita lihat dari pelbagai sudut
kita pusing 360 darjah
cari ertinya
lain sudut lain pandangan
tapi cuma 1
kita lihat yang sama
foto akan aku upload pada entry yang kemudian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
steady lah bro..
u r masterman
keep it up.
tunggu kau punya gambar!!
Post a Comment