Tuesday, August 4, 2009

Tutur Kata Bual Bicara

seharian aku sibuk dengan kerja2 aku.boleh dikira waktu aku di pejabat.semua perlu aku lakukan agar dapat aku laksanakan tanggungjawab aku.dari awal aku ketik jari ini di mesin tanda diri aku hadir kerja sampailah waktu aku mahu masuk ke rumah.aku cuba pautkan apa aja perkataan yang menarik dalam hati aku ini.

mana mungkin, selesai ketik jari aku tidak terus buat kerja aku seperti selalu.jaga anak2 bangsa beratur yang sememang itulah kerja aku 4 semester ini.tidak hiraukan apa teman2 mahu bercakap kerna itu hak mereka yang lahir dari mulut setentunya milik masing2.tapi kadang2 ada juga penat aku, hilang sabar aku melihat mereka2 yang hanya melewati lalu naik tangga tanpa ada apa2 yang ada di kaki bangunan megah setinggi 3 tingkat.aku manusia biasa,yang tidak lari dari kesilapan cuba meminimumkan kekhilafan.

selesai ketik jari,berbincang hal2 acara yang besar bakal di buat.tidak kira di tempat parking mahupun di bawah bumbung juga.ternyata aku lewat,sudah selesai perbarisan anak2 seperti sediakala.aku puashati melihat mereka.lakukan tanpa fikirkan cikgu2.buat dengan tanggungjawab tanpa mata aku lihat di hadapan mereka.mereka sudah dewasa.hahaha!ya memang betul.majoriti sudah kenal akan dunia ikm dan mungkin segelintir yang aku gelarkan kanak2 ribena, perlu di cakap,dimarah,disuruh baru nak buat umpama penukul yang menekan paku.perlu masa untuk dibaiki untuk digilap menjadi sinar.

bermacam kata2 aku amati betul2 seharian ini.buat aku tersenyum,mengelopong mulut ternganga, hanya mampu sinis senyum baik dari percakapan sesama aku dari 7.20 pagi mahu pun 1 meja berkongsi 6 orang pada 6.00 petang.semua aku amati,hanya fokus pada mulut sekiranya bercakap pada teman2,amati mata apabila bercakap dengan aku.mungkin ada orang seperti aku.ada hari kita inginkan lihat apa yang ada disekeliling.dari serius hingga terbahak2 gelak sampai titis airmata semuanya ada di depan aku.

aku juga dari serius hingga ketawa.dari gurau bersama teman2 sekerja hingga masuk kedalam talipon.jadi road runner beli petrol akibat kehabisan minyak teman2.

alhamdu lillah,aku akhirnya tetap dalam penjawatan.bonus bagi aku rayuan kekal di ikm lumut ini berjaya.kenang 1 minggu yang lalu, sehingga petak otak aku,sampai tidak tahu mahu tulis apa pada HQ,sampai berserabut kepala otak aku tapi hasilnya bejaya.petang tadi,faks dari HQ sampai,aku kekal di lumut.syukur alhamdu lillah.jadikan 1 platform untuk aku tidak berhenti disini.harus tingkatkan kejayaan diri.belajar hingga dapat degree.hahaa!insyaAllah,aku apply bila keadaan reda (beserabut konvo bakal tiba) tapi aku yakin, serabut itulah buat kita fikir bermacam2,buat kita belajar kenal masalah.baru cukup garam dalam rasa.

lewat petang aku sampai di rumah.seperti biasa,fifi sambut aku di pintu setelah dengar honda prelude rim17" aku (moto honda c70) berhenti ditempat parking hari2.

2 comments:

Anonymous said...

syabas bro, lakukanlah dgn seikhlas hati.

tahniah bro, segala usaha berhasil jgk...

Anonymous said...

dah nampak sinar biru jingga,bro!!
tahniah..

dari sama2 beli nasi lemak dalam hutan,
berkongsi duit,
tlg ajar aku tentang positive thinking,
sama2 gilakan hasil gambar shaliza mokhtar,

banyak bro..
terlalu banyak untuk diceritakan..

ape2 pun,aku tumpang gembira untuk hang..


thanks sbb menjadi antara orang yang terpenting dalam hidup aku!


-kag1967-
-naf2499-