dari ipoh, aku terus balik manjung. sebelum ke rumah, aku ajak wife aku makan di kedai je. selalu dah makan nasi di rumah mak aku tapi petang tadi aku dan wife aku berisikan perut kosong sepanjang perjalanan ipoh-manjung. kedai yang aku pergi petang tadi kedai yang biasa. biasa bagi aku masa bujang bersama teman2 seperti azzahari (pelitaminyaktanah), dzul koyok dan lain2 lagi.
sampai saja aku lihat kedai tu dah berubah. kemungkinan besar, aku lama tak ke kedai tu tapi seingat aku, aku tak makan kat kedai di adalah dalam 2,3bulan. dah tak macam dulu lagi. mendung jer..orang dah tak ramai. kerusi pun dah tak banyak. aku tanya pada adik yang sedia menanti kedatangan kami ini.
aku : buka ke adik?
adik: bukak abang!
aku amati, memang berubah. bukan berubah ke arah peningkatan tapi ke jerumus ke bawah pulak dah. eh! dah takder roti canai! dah takder ikan2 untuk masak 3 rasa! orang yang ambil order pun dah lain. adalah 2 orang jer.
mungkin dah berubah tuan punya tanah ini. ayat sedapkan hati aku. order macam biasa. hanya kami berdua jer yang makan. masakan tidak sedap sangat, biasa2 jer. boleh lah makan dah aku takkan bersuara sekiranya makanan di depan aku tidak sedap kepada tuan kedai. makan jer tapi jika tak lalu nak makan, berhenti jer. tapi hati aku berdetik.
mana pergi tuan kedai yang dulu? takkan bungkus pulak? kesian aku lihat mereka berdua jer.
ah! mungkin tuan dulu dah pindah kedai lain. takpelah! rezeki mereka berdua hari ini.
aku : adik, kira adik.
adik : RMx.xx
selasai bayar, macam biasa.
aku : terima kasih adik.
adik : sama2 abg..
lalu adik itu sekali lagi bercakap,
adik : terima kasih abg.
aku : sama2..
ucapan terima kasih itu, aku lihat pada air muka dia. penuh syukur dengan rezki dari Dia buat petang ini.
bila dikenang, ada sebab kenapa kedai ini tidak ada orang (bukan dengan masakan dia yer) dan ada sebab mungkin kedai ini baru saja di bukak dan orang ramai mungkin malu2 (mungkin takut) nak datang.
rezki tuhan itu banyak di muka bumi ciptaan Dia yang maha kuasa. cuma kadang2 Dia bagi dengan cepat..kadang2 Dia bagi lambat..terpulang lah pada Dia lah untuk semua2nya.
buat adik tadi, jangan gundah gelana, jangan cepat putus asa. perkemas masakan anda dan jangan cepat mengalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kedai yg kat mana bro?
kat kg permatang tu ker?
aah!kedai kat permatang tu.
dah tukor orang lain..
tak perasan pulak aku.
patutlah dh tak ramai
Post a Comment