Wednesday, April 29, 2009

sekadar kata-kata hati - PART TWO

memang benar detik hati aku yang berkata-kata.petang semalam aku ke hadapan.
seperti biasa ada urusan berkenaan konvokesyen yang perlu aku selesaikan

alan : kak lily,ada berita pasal kontrakTOR saya (istilah aku untuk status kerja aku-kontrak)
kak lily : ha!ada.en.abu(dari BPLK-HQ) cal hari tu.
en.abu : si azrul(panggilan di tempat kerja) tu wife dia keje ker?
kak lily : tak keje.baru nak cari keje.
en.abu : mintak dia standby.nama dia naik.kena pindah sabah / sarawak?
kak lily : so ko kena standby lh..

emmm..alhamdu lillah.apa benar yang hati aku berkata-kata telah terjawab.ada khabar berita walaupun hanya sekadar angin yang mungkin bagi aku tidak tentu arah tujuannya.
kini, aku menunggu surat dari HQ walaupun kadang-kadang hanya angin yang bertiup kencang belum tentu mengoncangkan pokok.

apa benar yang terdetik di hati aku mula-mula kaki ini melangkah keluar dari bilik temuduga pada bulan lepas akan terjadi?aku dapatkan rasakan pada detik itu aku akan ke Sabah. biar jauh,jauh sungguh sehingga melepasi laut china selatan dan jika dekat harus dekat di kampung aku.itu percaturan yang aku kehendaki dari DIA dari apa yang aku usaha dan dari apa yang aku tawakal atas milik kalamNYA .pada petang semalam telah terjawab dari sedikit pelbagai bentuk angin yang ada melalui aku semenjak ini.

aku bersyukur diatas izinNYA yang maha kuasa atas HIJAB yang telah diberikan kepada aku walaupun apa yang aku tahu hanya sedikitttt saja kurnia darinNYA daripada yang maha besar apa yang ada padaNYA.

aku akan pergi kesana untuk aku kutip pengalaman di tempat orang.aku suka akan pelbagai budaya yang boleh aku amati dan aku pelajari sehingga aku bisa untuk pergi ke kemana-mana seorang diri melihat perilaku dan tingkah bicara orang yang berada disekeliling aku(sudah lama tidak berbuat perkara sebegini rupa).

hati berperasan atas perasaan hati..

syukur alhamdu lillah,berkat junjungan besar kekasihNYA Nabi Muhammad SAW,berkat guru aku, keramah ibu yang tercinta serta hikmah bapa yang aku sayangi mungkin angin yang bertiup akan membawa sinar kepada aku untuk menerangi hari yang mendatang.

5 comments:

azzahari said...

alhamdulillah..
besaq nilai sabaq hang tue,bro..

mgkin ini rezeki isteri dan `orang ketiga` dalam famili hang tue...he..

aku tumpang gembira.

Shazlan said...

jauh perjalanan luas pemandangan....
bukannya senang nak timba ilmu ni.....
ini semua dugaan dan cabaran....
aku pernah merasai apa yg ko rasa....
Malaysia Timur bukannya sperti dulu....
dah byk perubahan di sana.....
harap ko dpt hadapinya dgn hati yg terbuka....
PEACE NO WAR bro...... -Shazlan-

Unknown said...

alan

ko dapat tukor SABAH kee? bila??

Unknown said...

bila alan ?? aku tak dengo cite ....apa tahniah

alanamir said...

azzahari :
terima kasih atas segala2nya. pengalaman selama membujang buat aku tersenyum bila mengenangkan pengalaman bersama2.

lan :
aku memang impikan ke sana tetapi tidak berharap diatas harapan yang menggunung. ingin aku mencari pengalaman untuk aku berkarya mengenai khidupan

irfan :
maaf ye! ribut serta angin belum tentu goncangkan pokok. tunggu aja pekeliling yang akan keluar.hehehe