Sunday, April 26, 2009

Performasi Fynn Jamal d Wuhuu 09,Ipoh Mali










setelah sekian lama tidak berkecimpung dalam bidang muzik, aku kembali atas ajakan sahabat aku.azzahari.ingatan aku telah pudar akibat telah tidak lagi adakan bagi aku masa untuk ke persembahan sebegini rupa.aku di dedahkan muzik hitam yang sealiran dengan jiwa aku pada awalnya sekolah menengah dan ianya banyak mencorak aku dan kawan2 yang seangkatan dan sealiran dengan.kini aku melayan semua jenis irama yang enak aku dengar dan tidak berat pada mana2 muzik sahaja.sekadar hanya menghiburkan hati aku dikala aku memerlukannya.kisah semalam membuat aku teringat sejarah awal aku disekolah dan didedahkan dengan persekitaran muzik baik dari abang aku mahupun teman2 aku.cuma aku tidak sebaik bermain alat2 muzik tapi sekadar boleh bermain saja.cuma disini aku nyatakan mengenai karya m.nasir yang mungkin bagi aku banyak yang tersirat maksudnya.mungkin kalian boleh dengar karya2 beliau lalu komen pada aku dan aku juga tidak sepenuhnya mengerti maksud yang ingin disampaikan kerana aku malas untuk memperincikan karya tersebut hanya faham dikala ianya datang.mungkin kita boleh berkongsi sama apa yang kita sama dapat.
Nota Kaki : Karya yang enak HIJAB KEKASIH-m.nasir

No comments: