Wednesday, March 31, 2010

hanphone camera pun boleh juga




pagi tadi on the way ke kolej, aku ikuti jalan kebiasan aku. kangar-longboh-jejawi-tambun tulang. hari2 adalah biasa tapi pagi tadi amat luarbiasa. keindahan ciptaan DIA yang maha kuasa telah dizahirkan didalam pancaindera aku melalui penglihatan. keadaan sekeliling yakni kelilingnya adalah sawah padi, pagi tadi dipenuhi kabus yang seakan2 menhempap tanah muka bumi ini. terus aku tembak melalui handphone aku. kesimpulannya, tak kisah lah ada camera mahal ke, handphone mahal ke yg pnting cara kita snap. tapi biasalah, handphone aku murah ja. camera pun 2MP..tapi angle mau cantik.aku ambik pun masa dlm kereta. turunkan tingkap, keluarkan tangan, pegang hanphone betul2 (risau jatuh pulak handphone aku) lepas tu tembak jer. jika nasib baik, dapatlah apa yang kita nak tapi nasib tak baik tak dapatlah tapi kita dapat melalui 'asah mata'.hahaha

Tuesday, March 30, 2010

kenangan bersama


din, aku & pa-e (pindah ke KKTM gambang)

o-tai media, nizam & hisham

sahabat karib aku bersama waniardy semasa aku dan azzahari ke wuhuu 2009. lama dah stop g live band. petang tu, seronok juga layan persembahan fynn jamal dan kawan2

pergi mancing pada bulan puasa sempena cuti nuzul quran nuar (ke IKM besut), azzahari (ke unikl-mimet) & aku (ke kolej komuniti arau)

bersama zul koyok ( ke giatmara PJ) semasa cuti sempena israk mikraj pada bulan puasa juga. aku pun taktahu, masa tu gila pancing juga sebab ada nuar. hehehe! layan beb..lepak di bawah jambatan bainun

4 stooges.patutnya ada 2 orang lagi, zul & bob.masa ni memang meriah,
time cuti sem jer, pe lagi..melantak tak hingat..bleh pusing daerah seberang perak
cari durian..last2 beli kat tepi jalan on the way ke teluk batik.pusing jalan2
adalah dlm 80km..tp durian yg cari hanya 6km dari ikm..melantus beb!

kharafi (masih di ikm lumut), lynn (masih di ikm lumut) & niza (dah berhenti, sekarang bergelar usahawan yg berjaya..punya kedai jual perabot kayu jati).

lagak ngeri kita orang masa konvo tahun 2006. layan beb..kapla dia zul maths..
porak peranda dewan pada malam tu..hehehe..ni lah band kita orang yg nk ala2
perform masa konvo.hahaha!

bila dah tak tahu nak buat pe..mula aku buka atau kobek2 foto2 lama aku bersama teman2. seronok juga bila aku lihat semula foto2 buat aku tersenyum, tersengeh sorang2 di hadapan laptop aku ini. mungkin teman2 aku juga begitu, senyum bila lihat foto didalam entry aku ini. senapang aku masih ada di ipoh. insyaAllah minggu ini aku bawa pulang ke perlis dan aku ingin balas dendam. cuba asah mata di pekan perlis bersama ard (teman aku semasa mula2 jejak kaki kerja di mara juga). entry kali ini, mengimbau kenangan aku dari kamera kompak sampailah aku punya kamera DLSR.

Thursday, March 18, 2010

hari2 terakhir aku di manjung, bekesempatan membawa isteri dan arissa ke marina island, lumut. foto ini mungkin kenangan bagi aku selama berada di manjung. banyak pengalaman baik mahupun buruk aku alami selama berada di manjung. dari aku bujang sampailah sudah berumahtangga. jika mahu aku imbas kenangan, kadang2 buat aku tersenyum menikmati kenangan itu, kadang2 buat aku sedih bila tahu ianya berlalu pergi. semua itu harus aku tempuhi walaupun pada asalnya aku keberatan mahu berhijrah ke perlis. tapi aku kuatkan hati aku kerana aku tahu mungkin percaturan tuhan itu ada hikmahNYA dan aku tahu tidak ada peluang sebegini rupa buat aku kemudian hari.



hari berlalu berganti minggu, kini aku telah ada di negeri Perlis. mula2 aku cuba sesuai kan diri di sini. alhamdu lillah, sekarang aku sudah dapat ke arah sesuaikan diri aku. keadaan sekeliling telah sebati dengan aku walaupun aku akui tidak sepenuhnya dan aku harus tahu bahawa apa jua keadaannya terpulang pada kita mahu mencoraknya. titik mula titik tolak dari kita. puji2an dari teman2 di ikm buat aku membakar semangat untuk aku berjalan di sini.



seronok itu sudah tiba aku di sini cuma ianya perlu masa. sama juga ketika aku mula2 ke kuala lumpur, bekerja di sana. hati ini berat sehingga rungsing di kepala memikirkannya. hari2 aku bertemu rakan2 meminta nasihat penghujungnya sehingga mahu ke sana, aku masih lagi tidak ada jawapan padahal isnin mahu ke sana. jumaat masih bertemu rakan2 dan rakan2 juga yang memberi pendapat terus aku ke sana. sama juga apa yang aku alami ketika ini, mula2 berat rasa hati bukan mengenang apa2 cuma berjauhan sama isteri dan anak tapi pujuk hati aku mengatakan bahawa "jika aku berasa susah, maka orang lain seharusnya lagi susah dari aku, aku cuma jauh sekitar 3jam 30min perjalanan tetapi ada orang lain sehingga 10-12jam perjalanan mahu pulang ke pangkuan keluarga". bila kita fikir susah, orang lain lagi susah".



jika mahu di imbas, banyak kenangan aku. tetapi yang tidak aku dapat lupa, kenangan aku bersama sahabat aku sorang. azzahari. kawan 1 rumah masa bujang. kami pernah tidak punya duit (aku pun tidak tahu dan azzahari pun tidak tahu, adakah ketika itu kami betul2 tidak ada duit), kami mencari nasi lemak RM1 sehingga pusing merata taman2 di manjung sehingga masuk ke tepi jalan, ada orang jual nasi lemak. bererti tepi jalan itu adalah kawasan hutan.hahaha! itu mungkin kenangan aku yang tidak akan mudah aku lupakan.



mungkin apa yang kita lalui bersama tidak akan dapat kita ulangi dan nikmati semula tetapi jika ianya kita dapat semula mungkin ianya tidak sama seperti sediakala.






Tuesday, March 16, 2010

Kenangan Berlalu Part#02

Terdiam aku di sini,
Menikmati bintang2 bercahaya dikala langit kelam
Namun tiada satu yang bercahaya
Menerangi aku ketika malam

Terbayang kisah lama yang tiba penghujungnya
Dan ku terdiam
Tidak tahu apa mahu kata
Tidak tahu berbicara
Hanya pilu tertahan perlahan berharap kembali sesudah pergi

Dan ku hembus nafas…panjang
Mencuba melepas penat sesak nan tidak berkesudahan
Mencuba membuang jauh….kelu yang kian menari tanpa henti
Mencuba melepas senyum dicelah2 lesung pipiku
Tapi hati tidak keruan..tidak dapat tahan
Akan perasaan sedih yang teramat
Dikala kenangan selama menyelubungi aku

Dan aku menatap bulan
Meninggalkan malam untuk ke siang tanpa ucapan selamat tinggal
Yang hilang tanpa bekas-bekas tanpa kesangsian
Yang tergantikan oleh terang2 yang yang menghayutkan

Selamat tinggal teman2..
Ku ingin mengirimkanmu agar maafkan aku
Segala dosa mahupun keterlanjuran tingkah laku
Halalkan segala makan dan minum aku


nukilan pada teman2 yang berada di manjung tidak kira sesiapa yang mengenali diri aku selama hampir 5 tahun di sana.