Thursday, May 21, 2009

unggas bernyanyi, berketawa, bersorak riang






baru2 ini, aku berkesempatan pergi ke taman herba, perlis bersama isteri aku. pada ketika aku melangkah kaki ke hutan tersebut, hati aku berkocak riang teringat kenangan zaman dahulu. ketika aku kanak-kanak, suara2 unggas mahupun penghuni hutan ini amat senonim dengan aku. tetapi pada masa kanak-kanak, aku tidak peduli akan keindahan suara yang merdu bisik suara unggas yang mendayu-mendayu seolah-olah menyanyi dengan merdu. pada masa ketika dulu, aku hanya tidak pedulikan langsung akan suara sedemikian, hanya aku tahu aku bermain dan berjalan saja. kesempatan aku hadir apabila tiba musim cuti sekolah, aku akan pulang ke desa dan menghabiskan bermain-main di desa. tidak kira apa aktivitinya, tetap aku bermain seperti mencari ikan laga dan banyak lagi yang menjadi pengalaman aku hingga hari ini. tetapi pengalaman yang aku lalui tempoh hari buat aku tersenyum akan suara yang asyik dari unggas-unggas penghuni hutan ini yang sentiasa memberi seribu makna pengertiannya. buat aku merindui suasana ketika zaman kanak-kanak aku. tapi kini, aku tidak lagi untuk mendengar suara dari unggas-unggas. hanya dengar bunyi-bunyi yang biasa dari ciptaan manusia. tetapi aku berasa bahawa mungkin aku sudah tidak biasa akan dengar unggas-unggas bersuara atas kerana aku jarang sekali pulang ke desa. itu sebabnya aku kekok dalam merindu suara unggas-unggas. tapi aku bangga, aku lalui zaman ketika aku kecil dengan suara-suara, riang ketawa yang bersorak dari penghuni hutan. tapi aku sedih juga akan nasib anak-anak yang akan datang, hanya akan mendengar suara-suara ketika aku juga berada di hutan semulajadi bukannya dari sekeliling rumah ataupun desa kerana desa juga sudah tidak ada sapa2 yang menghuni. ayahanda dan bonda sudah berada di desa juga tetapi desa yang moden bukannya zaman ayahanda dan bonda yang pulang ke desa orang tua mereka dengan penuh lagi persekitaran yang menghijau.
gambar 1 dan 2 hasil karya rarindra prakasa. kenangan gambar sebegini rupa buat aku teringat nostalgia masa kecil aku di desa. tidak hirau akan bahaya menimpa, hanya keseronokan di minta agar buat hati riang gembira.

2 comments:

CADPHOBIA said...

mana pic kat gerai breakfast yang kuih /nasik bertimbun atas meja....

Unknown said...

Alan, aku suka tgk gmbr yg dlm hutan tu... serious cool giler gmbr tu... Aku suka! Mmg berbakat....