Tuesday, January 12, 2010

lens tamron 17-50mm f2.8 dan blue ray DVD

alhamdulillah, aku dpt juga beli lens lagi satu hasil usaha aku dlm menembak orang tambah2 pengantin masa cuti sekolah tempoh hari. walaupun rate harga aku jauh murah dari kawan2 yang lain terutama kawan2 yang melengkehkan aku dengan harga yang ciput lagi kudut itu. tapi aku biarkan saja. aku tahu yang hasil karya aku tidak seberapa berbanding kenalan aku yang aku kenal seperti udey,moqh dan lain2 (jgn ckp lh sifu aku,,SN.memang tak boleh nk beat)haha! aku cuba mulakan sedikit demi sedikit utk pelbagaikan skills aku. aku tidak jemu untuk bertanya dan menanya untuk aku timba ilmu pengetahuan. aku masih lagi belajar.

diam*tarik nafas

kini, aku berdiri di kaki sendiri. biar apa orang kata janji aku puashati. aku cuba buat yang terbaik pada orang yg perlu khidmat aku untuk abadikan kenangan mereka sampai ke tua. kadang2 aku jadi malas. malas mahu buat apa2. hanya mahu duduk bercuti bersama keluarga. tapi mahu cuba dapatkan sesuatu untuk kepuasan diri.

berbalik pada asal, kadang2 aku segan malu untuk beritahu. biar orang nilai hasil aku dari wang ringgit yang mereka taburkan pada aku dan kwn2 yang lain apabila selesai kerja. tiba sms yang takat ini aku bersyukur kehadratNya kerana mereka2 ini memuji gambar aku. ada juga yang senyap. mungkin aku rasa mereka puashati. yang penting dlm menembak ini, kena ada kimia aka chemistry (ayat kimia dlm iklan AJL 2009).hahaha!

orang sanggup bayar mahal untuk kualiti yang mahal dan orang akan persoal kenapa tidak puashati jika bayar murah tapi mahu yang berkualiti. sama juga dengan zaman kita era 90an.

kaset di pasar malam, harga murah tapi bila perdengarkan bunyinya mengaung2,tenggelam dan lain2. tapi bila beli di kedai yang asli, maka hasilnya akan puashati.

mengeluh*

ibarat zaman sekarang. blue ray DVD sekitar rm10-15. original? aku tak tahu memang aku tak ambik tahu pun. jadi, kenapa perlu belanja lebih untuk kualiti yang lebih jika yang murah itu hasilnya sama dengan berbelanja lebih? aku ibaratkan blue ray DVD..murah tapi puashati..sama dengan yang ori.hahaha!

aku masih tidak puas dengan apa yang aku ada. macam banyak lagi kekurangan yang perlu aku belajar. masih belajar.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wow..mengganazzzzz....

Apit said...

Lepas ni klu ada rezki lebeih, kita tmbh plak Bateri grip & SB-900. hehe...