Wednesday, January 20, 2010

Assalammualaikum Cikgu!

Alhamdulillah aku panjatkan syukur atas kemurahan Rezki dariNYA yang maha esa. entry kali ini, aku lambat untuk di khabarkan bahawa isteri yang tersayang telah mendapat pekerjaan di Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh. kerja rajin2 ya..didik orang dengan ilmu ini besar jasanya. sampai kita mati pun tetap ada ganjarannya. tidak terputus amalannya. tapi kenalah sabar. terpulang pada kita nak mencorakkannya. jika tidak seronok kita jadikannya seronok. boleh aja. aku yakin sama isteri aku. beliau boleh buat dengan apa yang ada. arissa pun aku jumpa bila cuti. memanglah, bila balik jer, aku seronok bermain dengan dia. dia senyum sambil mengepak2 tangan petanda nak aku dukung dia, bermain2 gelikan dia di perut sambil tengok muka dia gelak nampak gusi saja dan macam2. tapi kenalah consider, bila dah dua2 kerja. sorang sana dan sorang pula di sini. insyaAllah, sampai rezki, boleh duduk sama balik.

sejak kebelakangan ini, kerja aku bertimbun. sukar untuk aku menulis didalam blog aku ini. mahu tidaknya, kerja2 sampingan aku buat kerja hakiki aku masih lagi belum perfect. aku cuba untuk set up baik2 kerja aku sekarang ini agar senang di kelak hari. 2-3hari ini, kerja kawan2 yang ingin bantuan aku harus aku penuhi.

pertama : buat banner promotion IKM. aku terlupa.sepatutnya bertemu sahabat ini tetapi aku lupa sampai ketika beliau call sama aku. baru aku terngangga.lupa..quflah!hahaha!selesai sudah. terus aku buat..siap petang mula dari 4 petang.hahaha!kerja macam orang gila tapi nasib baik ada yang lama. cuma tukar saja apa2.hahaha! design kena ada.

kedua: logo masjid KDSK. old timer minta tolong. so kenalah buat.hehehe!takat hari ini, baru siap 50% saja. itu belum lagi submit pada beliau. komprem ubah jika tak suka. adat kerja dengan orang. bagi servis. customer always rite.hahaha!

ketiga : banglo haji othman kt langkawi. dah siap plan tapi kena jumpa sifu wan dulu. tanya pendapat. ilmu construction aku semakin jem beb! dah banyak lupa. risau tak lepas dari PBT masa nak construct. yang ini pun kena ubah. tapi tak urgent sangat.

empat : tag nama staff pentadbiran. aku juga depa cari. hehehe! dah siap. petang semalam juga aku siap. CC minta tolong. aku siap, terus jumpa CC tapi beliau tarak ada. aku letak saja atas meja. malas mahu bermuka2.

kesimpulan, kadang2 aku jadi penat bukan sebab apa.kerja aku pun tunggang langgang. ketika ini aku kena set up balik. kena buat semula. tapi alhamdulillah, cahaya kesenangan dah nampak. aku kena lalu susah dulu baru senang kemudian. tapi masa sekarang, kena betul2 strunggle. tapi pelan2 kayuh.haha! bila ada kerja sampingan ini mulalah setan berkata2..kacau sama hati aku.tapi aku ingat lagi kata kawan aku.. "lan, inilah benefits apa yang hang duk buat selama ini..orang cakap hang pencacai tapi hang dapat apa yang orang lain tak dapat".ayat melantus dari sahabat aku. kawan aku kat jepun pun ayat dalam english.what i give, u gave back..lebih kurang kot. sama2 dapat.itu kesimpulan bagi aku.

cuma 1 saja pada aku..bila orang minta tolong pada kita itu bererti orang itu senang dengan kita. jadi aku kena juga buat walaupun macam mana kelamnya aku. tapi mungkin cepat atau lambat siap. 1 lagi, bila aku susah dan minta tolong, kawan2 ramai. tak kisah lah nak repair kereta, nak buat set bilik tidur, nak buat kusyen, nak cat motor atau keta, nak minta print colour pakai laserjet ataupun apa2 boleh aja.itu bagi aku kesenangan dan juga apa yang sahabat aku cakap kat atas tadi. tapi aku tidak minta semua itu..kita ikhlas dalam masa sama merungut sebab kerja lain duk ada.hahaha!hati ini bukan betul..kenalah perbetulkan........

orang2 : ko duk sini sampai bila2 lah. senang skit.
aku : aik! tak boleh "orang2". nak juga ambik post cikgu balik.
orang2 : ko duk sini, jadi cikgu elektrik.
aku : gelak sambil keluar dari bilik

2 comments:

Zakee said...

Salam bro.. lama tak dengar berita.. apa kabar? banyak job ke? Wife hang ngajar sama ngan wife aku la kalau cam tu. SM Tasek Damai.. bila start?

Senang2 turun ipoh.. msg aku.. kita pi minum2.. :)

alanamir said...

zakee:
salam bro..alhamdulillah aku sihat jer..dah buka sekolah ini takdelah sangat job. ye ker?sama sekolah.hehehe!wife aku start 18 jan lepas.insaAllah, bila aku balik ipoh, aku roger hang.buat masa sekarang,balik pun banyak hal skit.insyAllah..aku balik nnti, pasti aku roger hang.pekena teh tarik.huhu