Wednesday, September 16, 2009

Arissa Binti Azrul Ibawana Part#03

arissa hari ke-7.aku cuba close up subjek supaya ada sedikit nilai2 sentimental. tak sampai nilai blackmental atau deathmental. hehehe! cuba bermain dengan sedikit cahaya semulajadi tanpa pakai flash. tangan arissa mengelupas. tapi dah ok dah!
minggu lepas balik, dah tak nampak mengelupas. alhamdu lillah.

raut wajah arissa wujud moment yang aku nanti2kan cuma dalam handphone aku ada video yang lucu bagi aku.arissa senyum sehingga tutup mata sambil ternganga mulut senyum nampak gusi yang tiada gigi dan nampak lesung pipit di kanannya




Arissa Binti Azrul Ibawana Part#02

arissa berusia 5 hari. kena jemur awal pagi sebab kuning.
khamis : 6.7
jumaat : 7.3
jumaat : 6.7
isnin : 4

hari isnin, cuti nuzul al-quran.alhamdu lillah, kuning arissa turun sampai 4. aku nak balik manjung hari tu dengan hati tenang sebab arissa dah ok!






Arissa Binti Azrul Ibawana Part#01






lama aku tidak menulis dalam entry ini.aku sibuk dengan kerja seharian aku ditambah pula server di IKM ni tak tentu hala.macam biskut chips more.kejap ada kejap takde.malam pula semenjak bujang 5 hari di manjung ini,aku buka puasa di rumah teman2.tak boleh nak telan anak tekak ni bila makan sorang2.bila malam pula,aku banyak habiskan kerja aku.lepas raya kena pantau untuk file mengajar.kena pula dengan kelas aku berterabur,penangan konvo punya pasal.aku cuba cover betul2 kelas aku supaya aku puashati bila student aku faham apa yang mereka pelajari.aku juga puashati bila lihat mereka ini boleh buat dengan praktikkan apa yang aku suruh.

arissa.pejam celik dah 16 hari dia lahir di muka bumi Allah ini.minggu pertama saja aku tangkap gambar dia.balik minggu lepas,aku penat skit.1 hari suntuk aku selesema.jika kepala aku tunduk kebawah, meleleh bak air paip yang kepala pilinya yang rosak.buka puasa jer,terus aku ambil ubat selesema.jam 10 malam,mata aku dah start berbuih penangan ubat selesema.tak dapat aku tahan mata lihat perlawanan bolasepak liga inggeris.aduh!macam mana?aku lelap mata.

lagi 3 hari puasa lepas tu nak raya.alhamdu lillah,raya tahun ni aku ada orang ketiga dalam family aku selain isteri yang aku amat sayangi,fiza aka fifi.wujud arissa dalam diari kehidupan aku.aku syukur banyak2 pada Allah atas kurniaan dan rezki dariNYA.

selitkan sedikit moment arissa pada hari ke-3 yang aku sempat rakam dalam lensa aku buat tatapan.dalam kepala otak ini,banyak idea2 yang mencurah nak bagi possing pada arissa tapi minggu pertama, arissa kuning sedikit tapi boleh dikawal.alhamdu lillah, tak lah sampai masuk inkubator. hanya naik sampai 7.3 lepas tu turun sampai 4.

Monday, September 7, 2009

ke mana aku menghilang??

entry terakhir aku, konvokesyen ikm lumut pada hari rabu 19 Ogos, 2009. khamis aku MC, badan melantus.pukul rata semasa konvo.petang khamis, student aku ramai telefon dan sms pada aku bertanya berkenaan cuti sampai 31 Ogos akibat H1N1 dah melanda ikm lumut. aku tidak boleh jawab pertanyaan mereka, cuba bertanya pada khahar. belum sempat aku call, khahar sudah war2kan pada aku dalam handphone dia. sengaja bergurau senda sama aku, minta aku kerja hari jumaat.hahaha!toya punya khahar! ingat aku tak tahu.tapi, aku ucapkan terima kasih pada kawan aku sorang ni sebab maklumkan pada aku. aku balik ipoh puasa ke-2 sampai puasa ke-4. puasa ke-5 balik rumah fiza di kuala kurau. 3G tarak dapat, tak boleh nak berkongsi cerita.

pulang ke ipoh, pada hari ahad, 30 Ogos. pulang ke manjung sempena hari kemerdekaan ke-52. pagi selasa, 1 September, kerja macam biasa tapi balik awal. jam 9pagi dah berambus dari pagar ikm. fiza dah nak bersalin.

1 september, 2009 jam 7.12petang, arissa selamat lahir ke muka bumi ini. alhamdu lillah. dari tengahari aku tunggu. jam 6.30pm, aku masuk ke bilik bersalin. aku nak rasa keperitan seorang ibu nak lahirkan anak walaupun aku sebagai lelaki tak merasa. tapi aku pegang dia betul2 untuk teran atau bahasa lain mungkin meneran atau push dalam inggerisnya (jururawat minta aku cakap pada fiza juga). aku suruh fiza buat aku juga buat.hahaha!sesak nafas aku juga lihat fiza teran aku juga teran. arissa selamat keluar, aku sebagai ayah jalankan kewajipan. azan dan qamat ditelinga arissa. syukur pada tuhan atas nikmat dan pemberianNYA. terus mengadap, solat maghrib beserta solat sunat tanda syukur pada DIA.

2 september 2009, rabu. fiza dan arissa dah boleh keluar. jam 4 petang gerak balik rumah. bermula episod baru dalam hidup aku. semua aku buat kecuali nak mandi arissa je yang aku masih kekok sebab tali pusat arissa belum putus lagi. mak mertua aku yang mandikan.selesai mandi, aku pakaikan pakaian arissa. hari- hari proses yang alami lebih kurang sama. tapi seronok tinggal di kampung fiza. keliling sawah padi, permandang cantik cuma aku tidak kesempatan nak tembak lagi pakai kamera aku.insyaAllah, akan tiba masa, aku akan tembak kemudian.

7 september, 2009, isnin.aku gerak balik ke manjung setelah keputusan kuning arissa turun.keputusan,4.alhamdu lillah.senang hati aku nak tinggalkan dia dengan fiza.fiza pun dah sembuh skit.dah boleh buat kerja2 yang sebelum ni tak boleh nak buat. sampai manjung, baru boleh online. rentetan ini adalah cerita aku selama lebih kurang 2 minggu menghilangkan diri. mungkin bila aku dah berusia, aku baca entry ini, aku akan senyum sinis mengenangkan apa yang terjadi 2 minggu ini lebih2 lagi 1minggu yang terakhir.

gambar akan aku upload kemudian. penat beb!!