Monday, May 25, 2009

The Reception Haiza & Wan, Fasa 1A, Seri Manjung, Perak

aku ucapkan tahniah ke atas Haiza & Pak Su (panggilan buat pengatin lelaki) atas majlis perkahwinan pada 23 Mei 2009. Terus terang, aku berseronok akan kenangan bersama di hari perkahwinan mereka dan sekeluarga baik dari kecil hingga besar. mana mungkin aku ingin kembangkan bakat dan karya aku jika tidak beraksi didalam pekerjaan ini dan mencari istilah yang tersirat didalam untuk mendapat kepuashati aku didalam berkarya ini. setiap penghujung acara mana2 acara yang aku sertai, aku berkata2 didalam diri aku, adakah aku puas dengan sumbangan aku pada mereka?hasil karya ini buat aku tersenyum melihatnya?. biar peluh keluar umpama selesai mandi, biar penat badan ini umpama lepas berlari tetapi hati aku berasa seronok dan puas apabila menatap gambar2 didalam laptop aku setelah apa yang aku impikan tercapai dan aku cuba puaskan hati orang yang memilih aku juga agar tidak rasa kecewa di hati mahupun terkilan. aku cuba untuk berlaku secukup2nya dan sedaya upaya agar tersenyum tuan punya.aku juga berasa tidak cukup lagi untuk berkarya berbanding orang2 yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini dan tidak kira apapun bentuk karya yang keluar baik puisi, foto mahupun apa2 tetap ianya berseni cuma aku baru merangkak didalam dunia untuk belajar erti seni aku ini. cukup seronok dan terhibur akan bila melihat telatah anak2 kecil baik 'si bouncer' (maaf ya tidak tahu akan namanya) terutamanya dan juga yang lain sememangnya gemar bergambar dan aku sematkan didalam blog ini sebagai karya untuk aku belajar untuk hasilkan yang terbaik demi kepuashatian orang2 diluar sana.











Thursday, May 21, 2009

unggas bernyanyi, berketawa, bersorak riang






baru2 ini, aku berkesempatan pergi ke taman herba, perlis bersama isteri aku. pada ketika aku melangkah kaki ke hutan tersebut, hati aku berkocak riang teringat kenangan zaman dahulu. ketika aku kanak-kanak, suara2 unggas mahupun penghuni hutan ini amat senonim dengan aku. tetapi pada masa kanak-kanak, aku tidak peduli akan keindahan suara yang merdu bisik suara unggas yang mendayu-mendayu seolah-olah menyanyi dengan merdu. pada masa ketika dulu, aku hanya tidak pedulikan langsung akan suara sedemikian, hanya aku tahu aku bermain dan berjalan saja. kesempatan aku hadir apabila tiba musim cuti sekolah, aku akan pulang ke desa dan menghabiskan bermain-main di desa. tidak kira apa aktivitinya, tetap aku bermain seperti mencari ikan laga dan banyak lagi yang menjadi pengalaman aku hingga hari ini. tetapi pengalaman yang aku lalui tempoh hari buat aku tersenyum akan suara yang asyik dari unggas-unggas penghuni hutan ini yang sentiasa memberi seribu makna pengertiannya. buat aku merindui suasana ketika zaman kanak-kanak aku. tapi kini, aku tidak lagi untuk mendengar suara dari unggas-unggas. hanya dengar bunyi-bunyi yang biasa dari ciptaan manusia. tetapi aku berasa bahawa mungkin aku sudah tidak biasa akan dengar unggas-unggas bersuara atas kerana aku jarang sekali pulang ke desa. itu sebabnya aku kekok dalam merindu suara unggas-unggas. tapi aku bangga, aku lalui zaman ketika aku kecil dengan suara-suara, riang ketawa yang bersorak dari penghuni hutan. tapi aku sedih juga akan nasib anak-anak yang akan datang, hanya akan mendengar suara-suara ketika aku juga berada di hutan semulajadi bukannya dari sekeliling rumah ataupun desa kerana desa juga sudah tidak ada sapa2 yang menghuni. ayahanda dan bonda sudah berada di desa juga tetapi desa yang moden bukannya zaman ayahanda dan bonda yang pulang ke desa orang tua mereka dengan penuh lagi persekitaran yang menghijau.
gambar 1 dan 2 hasil karya rarindra prakasa. kenangan gambar sebegini rupa buat aku teringat nostalgia masa kecil aku di desa. tidak hirau akan bahaya menimpa, hanya keseronokan di minta agar buat hati riang gembira.

Wednesday, May 13, 2009

lawak dalam peringatan

hati aku terhibur mengenangkan apa yang ditanya oleh aku kepada abg mat (UPP) mengenai soalan yang aku lemparkan kepada beliau.aduh!dalam ketawa aku terasa peringatan yang menyentap fikiran aku supaya kita harus mengingati antara alam yang kita didiami ketika dan mana mungkin alam yang satu lagi yang kita diami kelak.

abg mat : hang dah dapat ka surat yang aku letak ateh meja hang?
aku : dah abg mat, terima kasih banyak2
abg mat : sama2.
aku : abg mat, pelajar kita yang meninggal tu ada 2 orang je kan?
sorang dari STKN (sij.tek.kimpalan) dan sorang lg
STMP (sij.tek.mekanikal pembuatan).
abg mat : a ah, 2 orang ja.
aku : pasai apa depa meninggal?
abg mat : dah sampai umoq...(sambil berjalan)

aku tak puashati dan bertanya dalam jauh kepada beliau sekali lagi

aku : pasai apa depa meninggal?
abg mat : dah cukup umoq, yalah, kalau tak cukup umoq depa hidup lagi
macam student sorang tu, jahit 20 lebih tapi hidup lagi.

dialog aku berhenti saja sambil fikiran aku memfokuskan yang tersirat hingga buat aku rasa sunyi disebalik perjalanan ke pejabat aku walaupun di kiri kanan penuh dengan pelajar.. ada yang memberi salam kepada aku dan ada yang senyum saja setelah berselisih langkah aku ini dengan mereka.

Monday, May 11, 2009

dari hati aku!

tanggungjawab dilaksana,tidak ternoda
apakah bala akan menimba
cukuplah salah kan kita
buat aku rasa membara
bara api buat aku rasa
macam nak tembak saja
tapi biarlah tembak mengena
supaya orang tu mengangga-ngangga
aku puashati bila dah kena
tapi tembak aku ada asasnya
janganlah nak kondem orang ikut hang aja
ingat orang lain tak boleh nak buat ka?
bila orang bagi kerja
buatlah sesungguhnya
agar terlaksana tanggungjawab kita
jika tak buat pasti murka
nak tau sapa murka tanyalah padaNYA

jika dah tahu buatlah kerja
jangan duk mengada-mengada
jangan cakap masalah akan menimba
kelak tak boleh buat apa-apa
cubalah cari kejayaannya
biar letih badannya
pasti kita perolehi kepuashatiannya
benda ini tidak boleh berkata-kata
bila dah puas baru kita rasa
rasanya amatlah teristimewa
menusup didalam jauhh sudut hati kita
akan terpancar biru jingga

buat kerja biarlah sama-sama
pasti kita akan merasanya
untung-untung kita dapat pahala
tapi terpulanglah pada DIA
DIA yang maha kuasa

argghhh!setan2 sedang bertenggek
dihati aku..adakah benar?

Thursday, May 7, 2009

test power

semalam ada event kt ikm ni. smart partnership, MOU - WIM-MARA-IKM LUMUT. kenapa aku sibuk-sibuk nak ambil gambar? aku tarak ada dalam ini wayar gambar. lagi pun pagi tu aku kena buat test student aku. aku pun malas juga asalnya nak involved dalam acara yang bagi aku besar juga. lebih-lebih lagi yang aku tahu ada jemput press lagi tu.fuh!! malu aku nak bawak senapang aku ni (nikon dslr). diorang mesti dashyat2. aku berfikiran hanya akan datang untuk menunggu ketibaan VVIP dan lain-lain dan boleh juga menadah telinga ini mendengar didalam bilik teater. mungkin boleh untuk aku menimba pengetahuan aku mengenai event yang dijalankan.

aku bangun pagi macam biasa dan gerak dari rumah pun macam biasa. setelah habis berita tv3 jam 7.00. dalam erti kata lain 7.15 pagi. aku renung beg camera aku dan terus aku ambil keputusan malas nak tembak hari ini. aku keluar macam biasa. masuk kelas pun macam biasa setelah rutin harian aku dijalankan. setelah habis test, aku berfikir. baik aku ambik peluang hari ini. event wedding dah buat, konsert pun dah buat, ni event besar juga ni. nak fikir moment yang patutnya aku tembak. peduli apa aku dengan orang-orang dari press. yang penting aku dapat pe yang aku nak, boleh juga improved skills aku.

terusss...aku balik rumah, amabil kelengkapan aku untuk menembak. syukur, banyak yang aku dapat tapi yang paling aku suka dengan gambar yang aku sertakan ini.