Saturday, July 25, 2009

The Receptions Abg Lan,Teluk Intan,25 Jul 2009















Tahniah kepada abg lan (abg saudara aku) atas perkahwinan beliau. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia hingga ke akhir hayat.sentiasa mendapat rahmat Allah yang bertali arus.amin..


hikmah perkahwinan yang dapat aku perasan atas hati yang berperasaan ini. semua saudara baik dari jauh hingga dekat dapat berkumpul, bercakap apa sekali pun dan ada yang baru mengenal.


beramah mesra berbual bicara dalam tutur kata yang berbeza.


seronok kan? lihat hari yang mendung akibat jerebu yang kelihatan hari tidak jelas tapi yang terang di mata dapat di lihat buat aku senyum sedetik.


mana mungkin, jika tidak ada acara sebegini dapat kumpul semuanya. baik dari nenek/atuk saudara, mak/pakcik saudara, sepupu hingga 2 pupu mahupun anak2 saudara yang sebaris 3 pupu bersama2.


kelihatan, berbicara. anak kau dah berapa orang? dah gemuk! sekarang ada kat mana? mana isteri, mana suami? anak2 mana? kerja di mana? dekat 10 tahun tak jumpa.


itu antara percakapan yang aku dapat dengar dari mulut yang ikhlas bercakap tanda ikatan tali persaudaraan mahupun kekeluargaan.


yang jauh kita dekat2 kan, yang dekat kita mesra2kan. perkataan yang dapat aku simpulkan selama aku berada di teluk intan walaupun bukan bermalam di sana tetap aku seronok dan bahagia melihat saudara2 berada dalam 1 acara.


mungkin aku dan abg lan sama. anak yang terakhir kahwin dalam semua adik beradik mahupun anak2 pada kedua2 ibubapa masing2. aku tidak dapat rasakan perasaan ini semasa kenduri aku berlangsung dan detik siang tadi aku rasa apa yang dapat aku rasa.

3 comments:

cadphobia said...

agak2 lepaih ni photog kat pengkalan hulu le plak....

Anonymous said...

cntik gmbar...

alanamir said...

cad phobia:
agak2 kat lumut jer kot.haha!

anonymous:
terima kasih!masih belajar hasilkan karya yang terbaik