Orang kebal???jangan marah abg mat..gurau2 jer
Malam sebelum kursus..
aku tidak keruan akan apa bakal terjadi esok pagi.pengetahuan tidak seberapa sekadar tahu melalui teman2 semasa tinggal sebumbung.
yang ibarat batu di atas kepala semasa aku mula berjinak2 dengan merekabentuk pelbagai kain rentang yang mungkin tidak tahu akan teorinya. hanya sekadar praktikal saja. cakap2 teman yang berkongsi ilmu. ilmu aku perolehi hanya melalui teman2.istilah design tu sinonim dengan aku ketika merekabentuk. harapkan kritikan teman2 apabila aku mula mengerjakan komputer sehingga cair otak aku.
kritikan demi kritikan diperolehi buat aku baiki hasil design aku.. kata2 dari teman2.. kau kena buat macam ni, pakai benda ni, macam ni cara dia, pa kata pakai bentuk macam ni..
banyak kata2 pakai saja! macam ni! itulah buat aku belajar kerjakan secukupnya untuk hasilkan design yang buat aku puashati.
tapi..esok pagi aku kena ajar cara formal.tak boleh pakai ayat dari teman2 buat aku faham untuk hasilkan yang terbaik. kena cari teori.tak boleh bagi praktikal je.kena tahu konsep, basic macam2 lagi dalam kepala otak aku ni.nota dh siap (ambil dari F1-help) dalam adobe photoshop CS3.
hari menjelang hari aku dapat serap gemuruh aku..mana taknyer! belajar pun bukan ada kelas formal. main belasah jer masa study dulu. siap jer, minta teman2 komen..abis komen, buat pembetulan. komen lagi..buat lagi.
3 hari berlalu (slot aku hanya sampai hari ke-3, jam 10.00am)..ketika pagi hari ke-3 tidak dapat aku gambarkan perasaan aku bila lihat peserta kursus dari tidak tahu langsung nak pakai photoshop, boleh buat apa yang aku minta.permintaan aku untuk peserta kursus sekadar 1 poster sempena menyambut ramadhan al mubarak.
aku jeling,aku amati,aku dapat rasa seronok dengan apa yang aku lihat.
itulah permulaan aku kata2 pada semua peserta. aku kongsi pengetahuan aku yang tidak seberapa ini.tidak belajar cara formal, tidak ada kelas aku hadiri cuma melalui kawan2 saja. aku belajar juga dalam aku mengajar kalian semua. dalam masa sama, aku dapat ingat semula apa yang aku pelajari.
aku masih belajar lagi!pengetahuan aku tidak cukup lagi...
1 comment:
Sifuu.............
Post a Comment