Sunday, May 16, 2010

BTN, Naka, Kedah.12-16 Mei 2010

tengahari itu, waktu aku masih penat seharian tidak henti peluh dari pagi hingga petang akibat Minggu Program Sepanjang Hayat,menunggu teman aku, untuk ke naka kedah, aku lihat ramai manusia yang bergelak- gelak dan ada yang sibuk menguruskan gerai2 yang dijamah oleh orang yang kelaparan waktu matahari betul2 berada di atas kepala. hari itu adalah waktu untuk aku ke kursus BTN. setelah habis aku meneguk teh o ais sambil teman aku menjamah nasi, tiba waktunya aku bergerak kerana perlu ditetapi janji untuk sampai ke destinasi pada jam 2.30 petang.
aku kuatkan hati mahu ke naka namun senyuman getir yang dipaksa jelas pada wajah aku. "5 hari aku di sana, mesti penat sambil bernanah telinga aku akibat menadah kata2 dari jurulatih mahupun fasilitator". wajah aku bergelisah dan berulang kali aku menghitung jumlah hari yang perlu aku tempoh di sana. aku juga cemas. aku cemas bila dikhabar oleh teman2, "ko pergi BTN, masaklah ko.handphone tak boleh pakai, macam ala2 askar pulak tu". kata2 itu terus sampai menjalar ke sekujur tubuhku buat jantung aku sekencang sampai baju aku terasa gegarannya. jalan ke naka seakan pancaroma yang indah bagi aku bila melihat hutan2 yang menhijau sambil tanah sawah dikerjakan oleh mesin kubotar dikawal oleh kanak2. penuh lumpur di serata badan kanak2 itu sambil dipancar terik matahari yang membakar siang hari.
sampai di naka, aku rasa bersyukur selamat sampai. terus mencari pusat latihan naka, lokasi diperolehi dari teman salah seorang teman aku didalam kereta juga. aku turun dari kereta, mata aku diarahkan ke satu bangunan merupakan dewan pada firasat aku. aku melangkah masuk melalui salah satu pintu yang terdapat di dewan ini. "meh sini, daftar kat meja ni", kedengaran suara dari salah seorang lelaki dan aku meyangkal bahawa lelaki ini adalah jurulatih. aku menghampiri meja dan menyemak senarai nama dan aku menjumpai senarai penuh yang melekat di atas meja itu adalah nama aku. "tuan boleh sign dan 'p' meja sana untuk ambik dorm dan perkakas tidur", kata lelaki itu kepada aku. aku menjeling tepat pada lelaki itu dan tertera nama othman.
setelah selesai urusan pendaftaran, terus aku ke dorm. dari pandangan jauh, dorm tersebut seakan kontena pejabat yang ada di setiap tapak pembinaan untuk pekerja2 tapak duduk menahan terik matahari. dorm itu mempunyai anak tangga kiri dan kanan untuk ke bilik yang boleh di tembus bilik2nya. aku lihat, pintu di kanan aku tertulis dorm 6. dorm yang aku duduki selama 5 hari 4 malam. mulai detik aku masuk ke dorm, bermulalah episod baru perjalanan aku selama berada di pusat latihan naka ini.
ramai teman2 yang aku kenali baik dari kumpulan aku sendiri mahupun dari kumpulan yang lain. ramai juga di antara mereka dikalangan guru2 sekolah yang baru saja naik pangkat dan ada juga yang dikalangan pensyarah2 poli yang juga naik pangkat dan harus menjalani kursus BTN ini.
hari ke-4 pada malam terakhir di naka, perjalanan dari dorm ke dewan seperti sediakala.slot pada waktu malam adalah persembahan berkumpulan. kami dari kumpulan 7 akan persembahkan lagu bertajuk 'jika kau fikirkan boleh' dan di mulai dengan bait2 kata puisi dari jamaluddin yang juga cikgu sastera. aku pula membantu gemersik gitar yang di pinjam melalui teman. lagu yang dipersembahkan dan kreativiti kami mendapat pujian dari pengadil. markah kami penuh. "persembahan malam ini bukannya ada sesiapa pemenang hanya untuk kita bina semangat kerjasama diantara 1 kumpulan dan kumpulan yang lain" ujar salah seorang fasilitator dari BTN. dan kami semua setuju. pada asalnya, bermacam2 kata menyelinap ke telinga aku atas ketidakpuashatian dari teman2 yang tidak dapat markahn yang sepatutnya mereka dapat.
ketika lampu dewan ditutup dan dibuat menara dikalangan teman2 dari kaum adam, dan ketika teman2 dari kaum hawa mengelilingi menara manusia yang telah di bina dikalangan mereka itu, berkemundang lagu patriotik dari alyarham sudirman berjudul merdeka. aku terkecuali dari kelompok2 manusia ini akibat kecederaan kaki aku. aku hanya memandang dari sudut dewan yang penuh dengan bulatan dari teman2 dan menara yang dikibarkan jalur gemilang. lagu dinyanyi bersama2 dengan di gerakkan bulatan. perasaan menyubuk masuk kedalam sanubari dan membakar semangat. tidak pernah merasakan perasaan sebegini rupa dikala lagu merdeka ini berkumandang. aku yakin, bukan aku seorang saja yang merasakan perasaan ini. aku percaya setiap dari teman2 yang ada di dewan sama saja perasaan dengan aku.
" tuan2, semua berbaris didepan, lelaki buat 2 barisan dan perempuan 2 barisan", kata pak rashid kepada kami semua. ketika keadaan didalam dewan bergelapan, kami berpegang tangan dan menyanyi lagu "abadi" dari allahyarham sudirman. sekali lagi, perasaan menyusup kalbu ketika bersama2 menyanyi lagu tersebut. semangat cintakan tanah air buat kami semua terkesima akan setiap bait2 yang terucap dari lirik lagu tersebut.
hari ke-5, setelah selesai semua terutamanya ujian yang tidak aku baca pada malam ke-4 walaupun apa yang di baca pada pagi, tidak ada yang banyak soalan yang keluar. kami pulang tempat masing2 dengan berbekalkan pengalaman yang berharga di naka. pada mula2 mahu ke naka, sembap, gelisah serta gundah gelana kini menjelma menjadi sekuntum bunga..

azrul ibawana bin amir aka alan
BTN/12-16 mei 2010/naka, kedah

2 comments:

Anonymous said...

kenapa lama menyepi??????

alanamir said...

anonymous:
maaf ye saudara/i..lama menyepi sebab sibuk sedikit sebulan dua bulan ni..insyaAllah nnti sy akan update yg tbaru..