KANGAR: Bertempat di Utara Semarak Resort diadakan bengkel grafik senibina aplikasi pensil, pen dan warna air dalam illustrasi yang dijayakan oleh warga kolej komuniti arau terdiri daripada 9 orang pensyarah dan seramai 75 orang pelajar mereka dari jurusan senibina. khidmat tenaga pengajar adalah seorang pereka illustrasi yang terkenal, encik jomaithir yang berasal dari johor.
kata beliau, "ini perjalanan yang paling jauh setelah mengadakan bengkel yang sama di kolej komuniti kepala batas, pulau pinang". menurut beliau, perjalanan menaiki motorsikal yang berkuasa tinggi hanya memakan masa 9 jam sahaja johor bharu ke kangar merupakan perjalanan yang sungguh "best". beliau hadir bersama rakan yang juga kenalan beliau didalam dunia motorsikal iaitu encik adam yang berasal dari klang dan bekerja di batu pahat.
selama perjalanan bengkel ini, para peserta diajar teknik- teknik yang betul untuk mewarna lukisan menggunakan pensil, pen dah juga cat air dan juga ditambah dengan teknik 'sketch'.
"Banyak yang saya belajar selama 3 hari ini terutamanya bagaimana caranya untuk melukis lakaran atau 'sketch' dan juga mewarna", kata salah seorang pelajar kolej.
Diakhir sesi pembelajaran, encik jomaithir telah memberi penerangan mengenai hala tuju pelajar- pelajar dan profesion sekiranya mahu bekerja didalam bidang ini terutamanya didalam bidang pereka illustrasi mahupun didalam apa jua bidang yang berkaitan senibina.
Salah seorang Pensyarah Kolej Komuniti Arau, berkata, " bukan sahaja pelajar yang terpanggil dan teruja dengan bengkel sebegini rupa, malahan pensyarah- pensyarah yang ada juga amat bersemangat untuk belajar dari Jomaithir. Dengan adanya bengkel sebegini rupa, ianya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pensyarah khasnya dan juga para pelajar amnya.
(fuh! ayat melantus dari aku, ala2 reporter dalam newspaper. entah, malam ni aku cuba nak berbunga2 bahasa aku ini walaupun jenuh juga nak memikirkannya kerana aku seharusnya hari2 bercakap bahasa2 rojak. campuran pelbagai bahasa dan kadangkala orang ketawa bila mendengar aku berbicara). insyaAllah, kemudian hari aku cuba lagi untuk perbaiki kelemahan aku berpuitis dalam bahasa formal jadi bacaan orang ramai.
nahh!ini hasil aku tidak seberapa sepanjang bengkel..memang aku puashati selama 3 hari ini. seronok dapat menimba ilmu pengetahuan yang tidak akan dapat pada cikgu2 sekolah pendidikan seni mahupun semasa sambung belajar. kepada teman2 aku yang membaca, aku syorkan agar kalian semua jika sama bidang aku, jemputlah jomaithir untuk adakan bengkel sebegini rupa di tempat kalian kamu belajar mahupun kerja, tidak kisah jika kamu sebagai pelajar atau pengajar. ikhlas dari aku...alan
(foto yang paling aku suka)
2 orang, aku dan kamrul, menyentel di samping bike jo dan adam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hebat tul bro Jo, aku pn leh wat cam tu, tp x jd le...hikkkk
cadphobia:
aah bro..memang dashyat beb.minat dari kecik then belajar n berguru..ambk archi pulak tu..memang meletup.hahaha..
Lu blaja lukis elok2,nanti lu cuba lukis muka gua ok,amacam?boleh buat hias bilik tidur gua.hahaha!
chegu izwan:
alamak bro..gua x berapa pandai nak lukis muka orang dah..gua tgh belajar juga nk lukis walaupun sentiasa failed.hahaha!nampak nyumbang tapi sumbang.hehe.
Post a Comment