Wednesday, February 24, 2010

kenangan berlalu part#01

bermacam peristiwa aku tempuh, aku harung selama ini. baik atau buruk tetap ada hikmahnya. hari ini, aku mengimbau selama 4 tahun lebih aku di manjung. kini, tinggal beberapa jam lagi aku akan keluar dari manjung ini. ibarat tamat satu novel yang bisa kita tutup lalu simpan saja dalam almari yang bakal dipenuhi sarang labah2. pagi tadi, aku tewas dengan hati keras aku. hati sebak hingga tidak terkata bait2 dari kalamNYA akan sedih hati bila terkenang masa lalu. peristiwa2 memusingkan benak aku, mengelilingi lalu menawan fikiran aku lalu mencurahkan air mata yang titis rintik. tidak mampu aku lafazkan apa yang mahu aku khabarkan pada tetamu, tidak mampu hati ini pilu mahu aku war2kan apa yang terbuku di hati. ternyata, sang pendengar yang mahu pekakkan telinga akan bait aku tidak dapat menahan sebak dan terdengar desus seakan selsema atas rintihan hati aku ini.

dari mula ucapan aku, aku sudah tekad, tidak mahu apa2 mata aku dari mengalir titis airnya. tapi bila masuk saja perenggan yang aku mula datang ke manjung ini, terus sebak di hati. kadang2 aku malu akan hati lembut aku dikala aku mahu ianya keras. tapi ternyata aku kalah, aku kalah dalam menawan hati ini dari keras.

antara yang bisa aku rumuskan dalam aku berkepongpong dalam ini selama 4 tahun, aku cukup seronok di kala ianya baru saja sampai tahap kemuncaknya. penghujungnya aku harus turun dari puncak walaupun permandangan cukup sedap mata memandang. kata2 perangsang dari teman2 yang lain masih lagi tergiang2 dalam gegendang telinga aku ini.

kadang2 kita
bosan dengan apa yang kita buat.hari2 muka kita buat sampai jemu menjelma hingga terbit luka di hati dengki akan orang yang hanya seronok bersenang lenang tidak ada apa yang berlaku di depan mata walhal itu adalah kerja sama2

penghujungnya
kita tahu bila hari2 kita saja yang buat, kita rapat dengan mereka. mana ada orang lain yang mereka ingin jumpa kecuali orang ini walaupun tiada lagi di sana. minta di beri pendapat, minta di beri penjelasan, minta tanya bagaimana mahu PLOT, minta tanya mahu L.I dimana, minta datang ke McD untuk belanja sama kita untuk kali terakhir di manjung dengan hasil elaun L.I dan macam2 lagi.

kadang2 kita
rasa diri dipergunakan apabila orang asyik mahu kita buat. diberi betis mahu peha walaupun niat pertama ikhlas mahu bantu.

penghujungnya
kita dapat kawan baru dikala kita susah ada saja yang membantu. orang lain mungkin tidak bisa mahu minta bantu tapi kita bisa saja minta bantu akan apa perkara yang mungkin orang lain jadi rumit.

kadang2 kita
penat bila kerja banyak. kepala berserabut bila banyak kerja yang datang sekali gus. tidak tahu mana satu mahu selesaikan.

penghujungnya
kita akan rasa lega lalu terbit biru jingga kepuasan dan jika datang lagi, hanya senyum pahit tanda sudah lalu perkara sebegini.

banyak kenangan didalam kotak minda ini untuk aku tulis buat tetapan teman2 di luar. cuma ketika ini, aku masih mahu bersama2 teman2 menghabiskan masa bersama. di masa kelak, ianya tidak akan sama dengan kita alami sekarang. jika ada apa2...aku sambung kemudian

1 comment:

Anonymous said...

mesti sedih tinggalkan manjung kan???