Thursday, January 28, 2010

alhamdulillah

petang semalam, 27 Januari 2010. aku dapat panggilan dari 'manjoi' (save dalam handphone ertinya mak ayah aku). hati terdetik "anak aku tak sihat ke?" tapi ternyata sangkaan aku meleset. mak khabarkan berita gembira buat aku, aku berjaya di terima masuk ke kementerian pengajian tinggi. syukur banyak2 atas rezki dariNYA yang maha esa. posting tidak tahu lagi, kata mak pada aku. tapi 1 Mac, aku perlu ke Putrajaya untuk melaporkan diri.

hari ini, aku sibuk uruskan tanggungjawab kerja aku. aku selesaikan semua sebelum jam 1.15 tengahari. alhamdu lillah. mahu tidaknya, aku nak kencing pun tidak sempat. kena tahan dulu sampai hilang bila aku rasa, bila mahu pulang, baru aku rasa. orang pernah berkata pada aku, jangan bagi alasan sibuk, jika betul2 sibuk mahu kencing atau berak pun tidak sempat. jadi, aku lalu semua pengalaman ini. baru aku tahu, baru ngerti terus aku ternganga melompong bila fikirkan ketika dahulu aku hanya tidak perlu apa orang cakap tentang hal sibuk ini.

kata2 masih aku ingat lagi dalam memori otak aku, ada yang berbaur gurau2 walaupun bagi aku sensitif ketika aku tidak keruan, ada yang puji atas sumbangan aku bagi aku yang tidak seberapa hanya kecil bila ketika kita lihat bintang malam, ada yang beri kata semangat ketika hati remuk akibat kerja yang berlambak2 dan macam2 lagi.

orang2: hilang sorang yang berkaliber buat kerja, rugi betul
orang2: diorang tak pandang kat sini, yang tahu duk atas kerusi empuk di bangunan tinggi.
orang2: u ambik peluang ini, u boleh berjaya, kejar cita2 u.
orang2: ko ini pencacai pengarah.
orang2: bodek bos, makan sama2
orang2: tak campur masyarakt, makan 1 office je.

itu antara kata2 yang masih aku ingat. tapi aku jadikan pembakar semangat aku. yang dapat pujian, aku kena "lawyer buruk" 2x. orang kuat ini, terus aku jawab.kuat makan adalah.
power ini, terus aku jawab. power rangers. antara bait2 kata aku potong dan cincang sampai borak hal lain. kadang2, bila kita dalam situasi orang bercakap kita akan tahu bahawa kita juga salah, tidak betul mahupun kita ini betul dari pandangan kita.

aku gembira akan berita yang dapat tapi aku juga sedih mahu tinggalkan kawan2 di ikm. 4 tahun lebih aku di sini, tidak kekok aku mahu ke semua 14 kursus. semuanya aku boleh borak, gelak2 bertepuk bahu, bergurau2 walaupun usia jauh lebih tua dari aku, mahupun sebaya atau selisih 3,4 tahun.

banyak kenangan2 yang banyak mengajar aku. aku seronok dan bersyukur pada DIA akan percaturan sementara aku di daerah manjung ini. bersama teman2. dari bujang sampailah sudah ada anak dan macam2 lagi. mana tahu, bila aku datang semula ke manjung ini, sudah berubah sama sekali. tapi yang pasti, tidak payah tunggu lama, ada perubahan menjelma. "tak merasa lah hang tesco manjung ini!"

sambung kemudian............

7 comments:

Anonymous said...

tahniah....
pedulikan apa org pernah kata..

cadphobia said...

Tahniah............1000x tahniah...semoga lebih berjaya ditempat baru..

*tarik nafas*

walaupun sedih sifoo nak pindah....


*diam*


jangan lupa tempat tanah berdiri dan langit dijunjung 4 tahun nih...huuuu.. (nangis..)

alanamir said...

anonymous:
kadang2 kita tidak perlu peduli orang kata tapi kadang2 kita perlu peduli orang kata kerana itu yang membina kita berjalan

cadphobia:
hilang seorang kawan karib aku di ikm ni. terima kasih byk2. aku takkan lupa di ikm ni. banyak kenangan aku di sini. baik yang indah mahupun buruk.

Jendela Si Pari-pari said...

congrats la alan..hang maju setapak lagi!!!cita2 kita utk smbung blaja masih ada!!!

alanamir said...

jendela si pari2:
terima kasih cik adah (sedap panggil cik adah walaupun dh puan.hehe).itu memang target aku.insyaAllah, aku akan cuba dapatkan peluang sambung belajar.kita sama2 belajar

Anonymous said...

Tahniah la bro... susah lah sikit nak pi menembak sama2.. Jgn lupa msg aku kalau ada di Ipoh.. kita pi pekena teh tarik ..

alanamir said...

zakee:
terima kasih byk2 bro.takpe bro..
ada kwn aku kt manjung ni.boleh lh hang join dia.cadphobia..
insyaAllah, aku balik iph, aku roger hang